Pada awal 2017 hingga 2019 baby Nanas menjadi makanan kegemaran orang ramai sehingga KKM membuat penelitian mengenai makanan tersebut kerana adanya campuran siklamat dalam makanan tersebut.
Siklamat merupakan sejenis pemanis buatan yang digunakan untuk membuat makanan tersebut lebih menarik rasanya. Kebiasaannya pemanis ini ditambahkan ke dalam makanan seperti jem, jeli, marmalad, produk koko dan minuman berperisa. Ia sama sekali dilarang ditambahkan bersama buah-buahan segar sama ada telah dikupas atau disediakan.
Hal ini telah dikaitkan dengan Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang melarang menjual makanan yang dicampurkan dengan apa-apa kandungan penambahan makanan. Hal ini telah dinyatakan oleh Pengarah Kanan Keselamatan Dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pihaknya mempergiatkan pemantauan berkenaan makanan ini di laman sesawang KKM.
“Sehingga kini, sebanyak 115 sampel buah nanas telah diambil bagi tujuan analisa pelbagai parameter. 11 sampel didapati mengandungi siklamat dan telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM 8,500,” katanya.
Siklamat ini adalah satu bahan pemanis yang tidak sihat kepada pengguna kerana terdapat bahan yang akan membahayakan kesihatan. Jadi pihak mereka telah mengingatkan kepada peniaga supaya tidak mengadukkan atau menjual baby nanas yang mengandungi bahan tersebut.
“Individu yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.
Jadi kepada penjual diluar sana perlu sentiasa lebih berhati-hati bab makanan kerana dengan pemakanan yang tidak sihat akan mendatangkan lebih banyak menyakit kepada kita semua.
“Sekiranya mempunyai kemusykilan berhubung isu buah baby nanas tersebut, pengguna boleh menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.
Penulis :- Huda