Mengandung dan melahirkan anak sulung adalah perkara terindah buat pasangan suami isteri. Mana taknya, ada juga zuriat penyambung keturunan dan seorang bayi yang akan menyerikan lagi rumahtangga kan. Pasti ia sangat dinanti-nantikan.
Kali ini ingin dikongsikan kepada anda “Kenapa Anak Sulung Perlu Dididik Dengan Baik.”

Anak sulung merupakan anugerah terindah daripada Allah SWT. Semasa dia belum ada, kita ternanti-nanti dan sangat berharap dia akan ada. Apabila sudah ada, sejauh mana kita hargai dan menjaga dia. Jadi anak sulung perlu dididik dengan baik kerana itu hak dia sebagai anak.
Dialah insan pertama yang memberi ‘rasa’ status ayah atau ibu. Dialah insan pertama yang mengajar kita tentang tanggungjawab.
Kemudian, apabila ada anak yang seterusnya. Kita sudah ada pengalaman untuk mendidik.
Baiklah, berikut adalah sebab “Kenapa Anak Sulung Perlu Dididik Dengan Baik.”
1.Anak sulung merupakan contoh paling dekat dalam adik-beradiknya. Apa yang adik-adik nampak si sulung buat, mungkin adik akan ikut.
2.Anak sulung sumber inspirasi buat adik-adiknya. Kejayaan si sulung membuatkan adik-adik berasa kagum dan ingin ikut buat perkara yang sama.
3.Anak sulung mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Hal ini disebabkan dia yang paling berusia di kalangan adik-beradik, dia ada lebih pengalaman dan dia merasakan bahawa dia perlu melindung dan memimpin adik-adiknya.
4.Anak sulung mampu mempengaruhi adik-adiknya dalam pelbagai tindak-tanduk. Idea si sulung mudah diterima oleh yang lain.
5.Anak sulung ‘pengganti’ ibu dan ayah. Andaikata, ibu ayah tiada, anak sulunglah yang akan menjadi pengganti yang akan menjaga adik-adik.
Jelas kan di sini anak sulung sangat penting untuk dididik dengan baik dan cara yang betul. Mereka ada banyak kelebihan yang harus dimanfaatkan.
Mereka adalah kepala keretapi dalam kalangan adik-beradik.
Moga anak sulung kita mampu menjadi yang terbaik.
Penulis : Saiful
