Kejadian yang menghampakan apabila seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun maut akibat terjun daripada tingkat 5 di Flat Blok F, Taman Pulai Utama, Iskandar Puteri. Isu ini berpunca daripada pergaduhan antara remaja tersebut dengan teman lelakinya melalui telefon bimbit.

Pergaduhan mereka disebabkan teman lelakinya memutuskan hubungan mereka sehingga mangsa tidak dapat hubungi teman lelakinya . Hal ini dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin di atas makluman daripada saksi di tempat kejadian . Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Seperti mana kita ketahui sebagai muslim, Haram bagi seseorang membunuh diri. Tidak kira apa alasan ataupun asbabnya, perkara tersebut sangat dilarang bagi orang beragama Islam. Setiap permasalahan yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

Cuba dapatkan sokongan daripada orang yang dipercayai untuk menyelesaikan masalah. Jangan mengambil keputusan yang membinasakan diri anda sebagai umat Islam. 

Bermuhasabah diri dan sentiasa beringat tentang ancaman yang didedahkan oleh Nabi SAW. 

Firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak).

(Surah al-Isra’: 33)

Penulis :- Huda