Kerajaan sudah melakukan apa yang termampu buat masa ini bagi memenuhi keperluan kesihatan negara. – Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah.

Baru-baru ini tular dalam satu perkongsian di TikTok dari seorang ustazah yang membahaskan isu doktor lelaki dalam Bahagian Sakit Puan (O&G) semasa menyambut kelahiran ibu yang melahirkan anak.
Menurut perkongsian tersebut, ustazah tersebut menekankan tentang aurat isteri kenapa biarkan doktor lelaki juga yang menyambut kelahiran anak daripada isteri sedangkan terdapat ramai lagi doktor-doktor wanita yang boleh berbuat demikian. Sambungan dari itu, pemilik akaun TikTok tersebut mengatakan bahawa suami yang berbuat demikian adalah dayus dan perlu bertanggungjawab di hadapan Allah.
“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah Taala. Kamu dayus. Suami yang dayus. …..”
Perkongsian tersebut memberikan seribu satu maklum balas dari masyarakat tentang isu ini. Pelbagai maklum balas yang diterima dari sudut komen yang positif dan negatifnya.

Apabila melihat dan membaca isu ini, pastinya ramai pihak yang tampil ke depan membahasakan isu ini termasukkan mereka yang lebih pakar dan lebih tahu tentang isu dalaman bidang ini.
Isu doktor lelaki dalam bahagian sakit puan (O&G) ini bukanlah sesuatu yang baru sebenarnya. Bukan juga isu yang hanya negara Malaysia sahaja yang ada isu ini, malah negara-negara lain turut mengalami isu yang sama.
Berbalik kepada bidang sakit puan (O&G) ini, pastinya ada kesan baik dan buruknya kepada masyarakat apabila hanya doktor perempuan sahaja di bahagian sakit puan (O&G). Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pernah mengulas dan membincangkan isu ini di laman sosial Facebooknya bertarikh 8 March 2015.

“Saya akan cuba utk menerangkan kepada sahabat2 tentang dilema dan juga masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam memenuhi hasrat rakyat yang mahukan kaum wanita merawat ibu-ibu yang mengandung/bersalin.”- Tan Sri Dr Noor Hisham.

“Ilmu O&G ini wajib diajar kepada semua doktor siswazah termasuk doktor lelaki (HO dan MO junior lelaki). Ini kerana jika mereka dilarang belajar atau diberi pengalaman mengendalikan proses kelahiran, maka ia bakal menimbulkan malapetaka besar kepada masyarakat.”- Tan Sri Dr Noor Hisham.


Fenomena kehadiran doktor pakar sakit puan lelaki bukan hanya eksklusif di negara kita tetapi ia juga merupakan sesuatu yang berlaku diseluruh dunia hatta di negara Islam yg ortodoks seperti Arab Saudi. -Tan Sri Dr Noor Hisham.

Perkongsian dari Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia juga boleh di baca di sini:
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/pfbid02PuhD6r74bZczgBZYBSuFe2u8mMGQEYxBcf9dW3d37vN7w4hY8sVeMgzyqsAaEgeEl/
Apa-apa pun, kerajaan Malaysia telah membuat yang terbaik buat semua pihak. Bagi individu yang merasakan diri berkemampuan untuk mendapatkan doktor perempuan semasa proses kelahiran anak nanti, tidak menjadi halangan untuk berbuat demikian.
Begitu juga bagi mereka yang tidak dapat memilih, ingatlah pihak kerajaan dan kementerian Malaysia pastinya telah membuat keputusan yang terbaik buat semua pihak.
Penulis : Afifah.