Perkongsian daripada posting FB Dzuriasikim Dzulkefli. Ketika beliau mengemas rumah seorang yang telah meninggal dunia, pelbagai barangan yang telah ditinggalkan oleh si mati seperti pakaian mahal dan usia yang melebihi 10 tahun, kasut yang tidak pernah digunakan, perabot yang sangat banyak sehingga sempit untuk berjalan, dan banyak lagi barangan yang tidak digunakan dan tersimpan rapi di dalam rumah.

Peringatan kepada kita sebagai manusia, dunia ini adalah tempat persinggahan sementara buat kita. Janganlah kita lalai dengan kemewahan dunia sehingga lupa akan tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi ini. Dengan kemewahan yang kita punyai di dunia membuatkan kita menjadi seorang pembazir dan kedekut untuk infakkan harta kita kepada yang memerlukan.

Adakah kemewahan kita miliki itu salah?
Adakah kekayaan yang kita miliki itu salah?

Sebenarnya kemewahan atau kekayaan itu tidak salah tetapi bagaimana cara kita menggunakan kemewahan itu dengan betul. Jika kita menggunakan kemewahan itu ke jalan yang diredhai Allah SWT, tidak mustahil rezeki di sebalik pemberian atau infak yang kita salurkan kepada yang memerlukan itu ada buat kita.
Jadi hindarilah dengan perkara yang boleh mendatangkan pembaziran dan perkara yang tidak memberi kita manfaat di akhirat kelak.
Penulis :- Huda
