SETIU: Seorang pemandu ambulans mendapat panggilan untuk mengambil seorang mangsa kemalangan di lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Setiu. Setiba sahaja pemandu itu di lokasi kejadian, beliau mendapati dan mengecam nombor pendaftaran motosikal itu adalah miliknya. Setelah melihat mangsa yang sedang terbujur kaku diatas jalan raya, ianya merupakan anaknya sendiri. 

Dan beliau juga mengatakan sepanjang menjadi pemandu ambulans dan pernah mendapat kes yang lebih menyayat hati tetapi ini kali pertama beliau mendapati lebih sebak dan sedih kerana mangsa tersebut adalah anak sendiri. 

Mangsa kemalangan tersebut adalah Muhammad Aiman Mohd Taqwa, 21, yang terbabit dalam nahas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di lokasi kejadian.

Mohd Taqwa, 41, ialah bapa kepada Muhammad Aiman mengatakan satu kebetulan malam semalam beliau memasak ikan lampam goreng dan dia sempat untuk makan serta meminta untuk menyimpan lebihan ikan untuk dimakan keesokan harinya.

Muhammad Aiman adalah anak kedua daripada lima beradik dan dia adalah seorang anak yang pendiam tetapi mudah disenangi oleh ramai orang kerana beliau pandai untuk menyesuaikan diri apabila dengan orang lain. 

Mengikut hasil bedah siasat, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata mangsa mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala dan muka dan mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Penulis : Izzah.