Baru-baru ini tular di Facebook mengenai soal jawab dari Dr.Suriyakhatun mengenai permasalahan dan tanda tanya mengenai susu bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas. 

Menurut beliau, susu bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas hanyalah sekadar minuman tambahan. Anak-anak anda perlu diberikan makanan pepejal yang seimbang mengikut piramid makanan yang sesuai. 

Katanya lagi, susu formula tidak digalakkan ini kerana mempunyai kandungan lemak sayur berproses dan mempunyai gula tambahan. Beliau berkata, hanya dengan 2 gelas susu “full cream” sudah memadai dan mencukupi. Boleh juga sekiranya ingin menggunakan susu “fresh milk” atau susu tepung full cream.

Beliau juga menyarankan bagi anak-anak yang alergic laktosa atau protein susu boleh menggantikan susu tersebut dengan menggunakan susu oat atau Miwako serta oat rye Tigermilk mushroom drink

Doktor juga memberi saranan supaya para ibu-bapa menggunakan Fern Leaf Full Cream

Tahukah anda, susu yang berada di pasaran kebiasaannya datang dari lembu biasa dan kebiasaannya juga lembu New Zealand yang paling kurang pencemaran. 

Kesan daripada alergic kepada Lactose adalah boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit serta sakit perut. 

Selain susu, banyak lagi makanan lain yang mempunyai khasiat kalsium yang tinggi. Susu juga merupakan “mucous forming” yang boleh mengakibatkan kahak dan hingus bertambah. 

Jika si kecil anda menghidap penyakit asma atau lekzema, anda disarankan supaya menghentikan terus pengambilan susu ini kerana khuatir akan memudaratkan. 

Selain itu,anak anda berisiko menjadi obese jika anak anda mempunyai selera makan yang baik, banyak makan dan gemar minum susu berlebihan. Namun, berbeza pula jika anak anda gembar minum susu dan makan banyak tapi masih kurus. Ini mungkin bermakna  anak anda mempunyai masalah penyerapan. 

Antara akibat susu berlebihan adalah, boleh menyebabkan banyak kencing. Apabila perkara ini berlaku, ini boleh menyulitkan anda untuk latih anak anda ke tandas. Selain itu, susu berlebihan juga mengakibatkan anak anda kurang makan. 

Akhir kata, susu memang banyak khasiat nya. Namun banyak juga keburukannya. Apa-apa pun yang penting rujuk seseorang yang lebih pakar untuk maklumat lanjut. 

Sumber bacaan asal dipetik dari posting di Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02nMhRmXLNJ8KTHpasCNCaifaeni1ichwGSH7SaZsWtqR1dHs3C41T5BJo3fLvWXaUl&id=100044187019641

Terima kasih Doktor atas perkongsian. 

Penulis: Fatimah