Kehidupan dalam perkahwinan amat mementingkan kesepakatan antara pasangan. Saling menerima kekurangan pasangan masing-masing. Kehidupan sebagai suami isteri dapat mengajarkan erti lengkap melengkapi. Semasa bercinta semuanya indah dan perangai sebenar tidak akan ditunjukkan dan semasa bercinta juga adalah saat yang manis. Tapi dapatkah anda kekalkan kemanisan tersebut sehingga  hujung usia? Pasti bakal pengantin ingin tahu lebih banyak nasihat untuk mengekalkan perkahwinan serta kemanisan rumah tangga. 

  1. TERUS TERANG

Jangan pernah sembunyikan apa-apa perkara dengan pasangan anda. Apabila anda berterus terang walaupun perkara itu boleh menyakitkan pasangan, ia akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya bersifat jujur. Pastikan ayat anda berlapik pada permulaannya, “Saya minta maaf tapi saya perlu berterus terang…” supaya tidak terlalu mengecilkan hati pasangan anda. 

  1. JANGAN BAGI ISTERI TERLALU BERDIKARI

Tiada masalah jika anda berikan isteri anda ruang berdikari apabila anda tiada di sisinya. Namun, pastikan ia tidak keterlaluan. Disebabkan isteri terlalu berdikari mungkin mengakibatkannya terbiasa membuat keputusan tanpa perlu berbincang dengan anda. Berikan ruang untuknya menjadi seorang isteri yang manja, memerlukan dan mengharapkan anda tetapi tetap cerdik yang solehah. 

  1. RAJIN BERBUAL

Apabila telah berkahwin, selalunya sudah kurang masa berhubung dan bersosial dengan rakan-rakan. Jadikan pasangan anda sebagai kawan dan sahabat baik anda. Anda selesa sepanjang masa dengannya berbual pelbagai perkara dan kongsi bermacam hal. 

  1. BERDOA UNTUK BAHAGIA

Selesai solat rajinkan untuk berdoa kepada Allah untuk memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga anda. 

  1. JANGAN MENGHARAPKAN JANGKAAN YANG TINGGI

Apabila terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi mesti perkara itu takkan berlaku dan bakal mengecewakan. Terima pasangan anda seadanya. 

  1. JANGAN MELAKUKAN PERBANDINGAN

Diri kita sendiri pasti benci dan tidak suka kalau diri dibandingkan dengan orang lain. Cuba jangan pernah pandang dan anggap hubungan orang lain lebih bahagia berbanding hubungan sendiri. Kita tidak tahu apa yang telah mereka lalui sebelum ini. Anda juga boleh dapatkan tips bagaimana mereka kekalkan hubungan yang bahagia tetapi bukan membuat perbandingan.

  1. BELAJAR UNTUK JADI PEMAAF DAN MELUPAKAN

Bergaduh dan bertikam lidah perkara biasa di dalam hubungan tetapi jangan biarkannya berlarutan. Setiap pergaduhan perlu diselesaikan pada hari yang sama dan elakkan untuk tidak bercakap dan tarik muka. Ini boleh menjadikan hubungan itu hambar dan merubahkan hati. 

  1. BERTOLAK ANSUR

Jangan terlalu fikirkan untuk kepuasan diri sendiri tetapi cuba dan belajar untuk bertolak ansur antara suami dan isteri. 

  1. BERIKAN KEPERCAYAN KEPADA PASANGAN

Setiap keputusan dan perbuatan perlu berikan kepercayaan kepada pasangan. Jangan pernah wujudkan sifat cemburu buta dan biarkan fikiran negatif menguasai minda anda. Itu boleh membuatkan hubungan anda menjadi hambar dan tidak membahagiakan. 

  1. JANGAN GUNA “AKU, KAU” 

Kalau masa bercinta anda menggunakan ganti nama ini adalah untuk gurauan tetapi jangan pernah anda gunakan selepas berkahwin. Selalunya selepas berkahwin hati akan menjadi lebih sensitif pada setiap perkataan dan tingkah laku pasangan. Walaupun anda menganggapnya biasa, perkataan ini dirasakan kasar dan boleh menggores hati mereka. Dan panggilan ini juga boleh menghilangkan rasa hormat pada pasangan yang menjadi peneman hidup anda kini.

Segala nasihat di atas ini merupakan ajaran dalam Islam. Semoga dapat diterapkan dalam diri anda untuk menjaga keharmonian hubungan rumah tangga. Semoga kekal bahagia sehingga hujung usia.

Penulis : Izzah