Selepas akad nikah, bermulalah fasa kehidupan sebagai suami isteri. Fasa untuk suaikan diri dengan pasangan tidak sama dengan fasa anda mengenali satu sama lain. 

Berikut dikongsikan kepada anda terutama untuk pasangan yang baru dan anda yang akan melangkah ke alam perkahwinan. Ini tip untuk anda sesuaikan diri dengan pasangan buat pertama kali.

  1. Terima pasangan seadanya.

Sebelum diijab kabul, baik buruk pasangan anda boleh terima seadanya. Begitu juga selepas berkahwin. Siapa pun pasangan anda, baik buruk pasangan anda terimalah seadanya. Ingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Tapi anda dan pasangan yang akan saling melengkapi satu sama lain. 

  1. Jangan bergaduh hal remeh

Benda remeh ini ialah benda yang mudah atau perkara yang tak perlu diperbesar – besarkan. Contoh pasangan lupa tutup suis lampu, tegur boleh tapi jangan tegur sehingga mencetus perbalahan. Anda sendiri boleh tolong tutup daripada panjangkan cerita.

  1. Suarakan pendapat

Jika ada yang anda dan pasangan rasa perlu diluahkan atau tegur, ambil masa yang sesuai dan spend masa bersama untuk luahkan apa yang patut. Jangan simpan dalam hati. Jika disimpan lama – lama, takut meletup seperti gunung berapi.

  1. Belajar ucap “Maaf”

Mengalah bukan bererti kalah. Selalu kan dengar ayat ni. Ia bukan sekadar ayat untuk sedapkan hati tetapi ianya memang patut dipraktikkan dalam kehidupan harian suami isteri. Ianya akan buat rumah tangga anda harmoni dan bahagia.

  1. Muhasabah diri

Tidak semua perkara anda betul atau pasangan betul. Setiap orang pasti buat

silap. Ambil masa untuk muhasabah diri untuk menjadi insan yang baik pada diri sendiri dan pasangan anda. 

  1. Letak garis panduan

Bila sudah berkahwin, kehidupan anda tidak sama dengan waktu bujang dulu. Semua perlu ada had. Tak bolehlah keluar jumpa kawan sehingga tengah malam dan keluar setiap malam. Buat apa pun perlu berpada – pada, ingat ada hati yang perlu dijaga.


Harap tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda dan pasangan dalam menjalani kehidupan suami isteri. Dan semoga dipermudahkan urusan rumah tangga anda semua.

Penulis : Ima