Proses memilih pasangan yang tepat sangat mencabar bagi seseorang terutamanya wanita. Kenapa mencabar? Kerana wanita perlu mencari seorang lelaki yang dapat memimpin ahli keluarga dan anak-anaknya dengan baik. Jadi ini tip untuk memilih imam sepanjang hidup anda. 

  1. Berkebolehan urus rumah tangga

Pilih calon imam anda seorang yang berkebolehan dalam pelbagai perkara terutama dalam menguruskan tugas dalam rumah. Hal ini akan dapat memudahkan kerja anda. Antara kebolehan mereka boleh lakukan adalah mengemas rumah, menjaga anak-anak, memasak, melipat baju dan sebagainya. 

  1. Pengganti ayah

Pilihlah pasangan yang mempunyai sifat kebapaan. Hal ini kerana, ciri-ciri seorang bapa ini sangat limited pada zaman sekarang. Seseorang akan digelar bapa apabila dia mempunyai sifat penyayang, penyabar, bertanggungjawab, seorang pemimpin ketua keluarga yang membuat keputusan dengan adil, dan sifat – sifat murni yang lain. Maka carilah pasangan yang mempunyai sifat – sifat kebapaan ini supaya kedamaian keluarga pada akan datang akan terjamin. 

  1. Menjaga kehormatan

Pilih calon imam anda yang pandai menjaga tutur katanya. Apabila marah pertuturan mereka sangat dijaga supaya hati kita tidak terguris. Sentiasa memandang wanita ini adalah tinggi darjatnya. Dalam memberi nasihat penuh tunjuk ajar yang membawa kebaikan kepada diri kita sebagai sebagai wanita. Tidak kisah dengan apa cara sekalipun, kehormatan adalah penting bagi dia.

  1. Pemaaf 

Setiap manusia pasti akan ada lakukan kesilapan dalam kehidupannya. Pentingnya memilih calon imam kita seorang pemaaf bukan bererti kita boleh membuat kesalahan yang sama berkali-kali , tapi ia menunjukkan lelaki itu tidak ego dan tidak mementingkan diri. 

  1. Pandai ambil hati pasangan 

Sebenarnya untuk ambil hati pasangan ini sangat mudah. Apabila salah seorang mengalami masalah, cubalah jadi pendengar yang baik, berikan layanan terbaik supaya dia menjadi tenang. Tidak kira wanita atau lelaki, ambil hati pasangan ini sangat perlu untuk mengelakkan sebarang masalah menjadi semakin besar. 

Penulis : Huda