Dalam tempoh bertunang ini sangat banyak cabaran ujian yang kita lalui. Tidak kira dari persediaan perkahwinan, perancangan perkahwinan, ujian dari kewangan untuk kita spend dalam berkahwin, bahkan dari pihak keluarga sendiri juga kita menghadapi ujian. Jadi dalam kita menempuh ujian kita juga perlu lihat bagaimana pasangan mengatasi ujian tersebut. Ini 3 Perkara yang anda perlu lihat sama ada pasangan dapat mengatasi ujian tersebut atau tidak.

- Perancangan yang panjang
Perancangan jangka masa panjang perlu dilihat ketika dalam tempoh masa bertunang. Anda boleh lihat dengan cara mereka berfikir dalam membuat perancangan satu hingga lima tahun selepas perkahwinan. Perancangan ini melibatkan cara pengurusan penyimpanan wang, cara mengendalikan rumah tangga, penyediaan kelengkapan barangan rumah, dan sebagainya.
- Kenali perwatakkan
Fahami perwatakan pasangan anda sama ada mereka berperwatakkan menarik atau tidak. Ujian bertunang ini sangat menguji anda apabila pasangan tiba-tiba berubah perwatakannya akibat tidak mengawal emosi. Paling tidak boleh apabila pasangan perwatakkan yang negatif seperti panas baran, ego, lempar barang dan sebagainya. Cuba beri nasihat atau beri pendapat kepada pasangan.

- Keyakinan
Pastikan dalam tempoh bertunang jangan hilangkan keyakinan pasangan kepada anda. Keyakinan sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa keyakinan perkahwinan yang terbina akan musnah kelak. Jadi jangan hilangkan keyakinan pasangan terhadap anda.
Penulis : Huda
