Memasuki alam perkahwinan, pelbagai ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi bersama. Begitu juga hal melibatkan kewangan. Komitmen bulanan semestinya akan mempengaruhi perbelanjaan anda sekeluarga.

- Jangan buat hutang
Jarang antara kita yang tidak berhutang pada masa ini. Hutang bulanan seperti rumah atau kereta itu menjadi kewajipan. Itu sememangnya keperluan untuk kelangsungan hidup. Tapi jangan sesekali anda tambah hutang sedia ada tersebut dengan hutang yang bukan keperluan tetapi lebih pada kehendak contoh buat personal loan untuk beli perabot rumah.
- Jimat cermat
Perlu untuk suami isteri ingatkan sesama sendiri untuk berjimat cermat. Bukan jimat bermaksud anda perlu kedekut tetapi lebih kepada belanja untuk yang perlu sahaja dan kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Contoh kurangkan makan luar atau jimatkan penggunaan elektrik rumah.
- Selesaikan hutang yang tinggi interest.
Ini dapat membantu anda selesaikan hutang dengan cepat. Utamakan membayar hutang yang tinggi interest. Hal ini kerana pinjaman yang tinggi interest akan buat duit simpanan anda berkurang. Jika dapat diselesaikan secepat mungkin ia dapat mengurangkan perbelanjaan anda.
- Potongan gaji
Jika anda tidak tahu untuk menguruskan perbelanjaan anda, disarankan untuk anda bayar hutang yang ada melalui potong gaji bulanan. Ini akan membantu anda menjelaskan hutang secara konsisten dan elakkan dari tunggakan.
- Buat catatan
Catat setiap perbelanjaan bulanan, setiap apa yang keluar masuk. Ini akan memudahkan anda untuk menguruskan perbelanjaan dan dapat membantu anda kurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya. Duit lebih yang ada, anda boleh top up bayar hutang yang ada.
Untuk suami isteri anda perlu bekerjasama untuk bebaskan diri anda dan keluarga daripada hutang. Bila anda bebas hutang anda akan ada saving lebih yang akan membantu menampung kos hidup anda.
Penulis : Ima
