Tahukah anda, untuk mencintai dan menyayangi seseorang adalah amat penting untuk anda menyayangi serta mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Jika anda sendiri tidak menghargai, menyayangi serta mencintai diri sendiri bagaimana orang lain hendak menghargai dan mencintai anda?
Kebahagiaan sebenar itu datangnya dari diri anda sendiri, bukan dari orang lain. Dan, amatlah penting supaya anda membahagiakan diri anda terlebih dahulu sebelum anda membahagiakan orang lain.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara “self love” yang wajib anda buat.

- Stop bandingkan diri anda dengan orang lain
Kalau anda ada “habit” suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain, tolong tolong tolong hentikan. Setiap orang punya kelemahan dan kelebihan masing-masing. Termasuk anda. Kalau anda rasa anda terlalu teruk, ada yang lagi teruk. Dan, jika anda rasa anda terlalu bagus percayalah ada yang lagi bagus daripada anda. Daripada sibuk nak membandingkan diri, lebih baik anda fokus dengan impian hidup anda.
- Luangkan masa untuk diri sendiri
Walaupun sibuk, jangan lupa luangkan masa untuk diri sendiri. Berikan ruang dan waktu untuk diri anda beristirehat. Boleh juga untuk manjakan diri anda. Luangkan masa dengan buat perkara-perkara yang anda suka. Contohnya, jika anda suka membaca buku, ambil sedikit masa untuk baca buku beberapa muka surat. Boleh juga pergi ke spa atau salon kecantikan untuk manjakan diri dengan perawatan tubuh badan.
- Hadapi rasa takut
Rasa takut adalah salah satu proses kehidupan. Jangan ketepikan perasaan begini, sebaliknya hadapi rasa takut anda. Belajar untuk memahami dan menghadapi rasa takut anda. Percayalah, apabila semua ketakutan ini dapat anda atasi anda akan menjadi peribadi yang lebih ceria dan berani.
- Percaya dengan keputusan yang diambil
Cuba untuk ingatkan diri anda bahawa keputusan yang anda ambil adalah tepat. Dan diri serta hati anda lebih tahu apa yang anda mahu. Anda perlu menjadi “penasihat” terbaik untuk diri sendiri.
Moga-moga dengan perkongsian ini anda lebih menyayangi diri anda sebelum anda menyayangi yang lain. Dan, percayalah jika anda menghargai diri sendiri maka orang lain juga akan lebih menghargai anda.
Penulis : Fatimah
