Setiap orang ada keistimewaan masing – masing. Contoh orang itu tinggi atau rendah. Dan setiap orang ada citarasa tersendiri dalam pemilihan pasangan. Berikut adalah sebab kenapa sesetengah lelaki minat pada wanita yang rendah.

- Comel
Bagi mereka, wanita rendah ini lebih comel. Wanita rendah ini akan kelihatan comel, tambahan bila mereka marah atau merajuk.
- Mudah beli pakaian
Bab ini diakui, wanita rendah ini senang untuk mencari saiz pakaian atau ada sahaja saiz yang mereka mahukan untuk sesuatu design. Contoh jika mereka ingin beli kasut, saiz kecil senang didapati berbanding saiz besar.
- Setia
Menurut kajian, wanita rendah ini lebih setia. Dikatakan mereka ini seorang yang setia dalam perhubungan dan setia pada pasangan.

- Awet muda
Golongan ini akan sentiasa kelihatan muda dari usia. Bila disuruh teka, ramai meneka umur yang lebih muda, hakikatnya tak pun. Hanya mereka ini akan nampak muda dari usia sebenar.
- Pakai high heels
Bayangkan jika anda tinggi dan pasang juga tinggi. Had untuk wanita tinggi memakai heels itu agak terhad. Semestinya mereka tidak mahu kelihatan tinggi daripada pasangan dia. Jadi, di sini adalah satu kelebihan untuk wanita rendah.
Apapun kelebihan dan kekurangan diri, jika dah ditentukan jodoh anda untuk bersama sesiapa pun. Terimalah dengan hati yang terbuka. Percayalah setiap orang ada keistimewaan masing – masing. Bagi kita, mungkin tiada manusia yang sempurna tetapi percayalah ciptaan Allah swt itu cukup sempurna.
Penulis : Ima
