“Bila nak kahwin?” adalah topik yang paling sering dibicarakan pada zaman bujang. Terutama bila anda dikelilingi oleh kenalan yang telah berkahwin dan beranak pinak. Bila sebut soal jodoh ini, pastinya akan ada pihak yang dah bersedia dan ada juga yang tidak bersedia. 

Tapi tahukah anda, sebenarnya ada saja tanda-tanda yang menunjukkan anda sebenarnya telah bersedia untuk berkahwin tanpa anda sedari. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tanda-tanda anda sudah bersedia untuk berumah tangga!

  1. Berfikiran realistik

Salah satu tanda anda sudah bersedia nak berkahwin adalah apabila anda boleh berfikiran realistik. Maksudnya disini, anda boleh berfikir logik dan waras bahawa perkahwinan itu tidaklah seindah dalam drama Melayu. Sebaliknya, kebiasaannya perkahwinan sebenar bermula dari bawah. Dari susah ke senang bersama-sama. 

  1. Bersedia untuk sebarang komitmen

Bila berkahwin, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Antaranya adalah, anda perlu bersedia untuk mengorbankan masa keluar bersama kawan-kawan yang mungkin sebelum ni zaman bujang anda biasa lakukannya. Anda juga harus meninggalkan zaman sosial anda demi keluarga baru anda. Bagi yang ingin berkahwin muda, mungkin ini adalah salah satu cabaran buat anda. 

  1. Boleh bertolak ansur

Tidak kira dalam hal apa pun, anda bersedia untuk bertolak ansur. Anda sering berusaha untuk mendengar dan menerima pendapat daripada orang lain. Dan, yang paling penting anda tidak ego dalam membuat keputusan. 

  1. Sudah membuat simpanan setiap bulan untuk berkahwin

Semestinya, mempunyai kewangan yang stabil adalah amat penting jika anda ingin berkahwin. Jika anda tidak ada rasa bersedia untuk berkahwin, tak mungkin anda menyimpan sedikit demi sedikit untuk wang tabungan kahwin, kan?

  1. Mula bercakap mengenai soal perkahwinan dengan ibu bapa

“Part” ini adalah “part” yang paling susah sebab tak semua orang ada keberanian untuk memberitahu kepada ibu bapa. Bercakap mengenai soal ini di depan ibu bapa memang memerlukan kita bersedia untuk mendengar respon daripada mereka. Jika memang anda tiada niat untuk berkahwin, takkan lah anda pura-pura berani bercakap mengenai perkara ini dengan ibu bapa. Kan?

Jadi, jika anda dah ada tanda-tanda ni, dah tak boleh bagi alasan tak bersedia lagi nampaknya. Buat yang belum bertemu jodoh, moga anda cepat-cepat dipertemukan jodoh. Zaman dah moden, anda cari je di portal jodoh online. TillJannah.my salah satunya!

Penulis : Fatimah