Tugas seorang suami bukanlah suatu tugas yang mudah. Besar tanggungjawab dan peranan yang perlu dilakukan dalam kehidupan berumah tangga terhadap isteri dan anak-anak. Tidak mudah dan tidak sukar untuk menjadi suami yang hebat dan terbaik untuk isteri. Berikut dikongsikan 6 tip untuk menjadi suami yang hebat dan terbaik.

  1. Bersyukur

Bersyukurlah kerana anda ada pasangan hidup. Seseorang yang menerima anda. Yakinlah bahawa isteri anda itu yang terbaik yang telah ditentukan olehNya.

  1. Niat dan berdoa

Kena mulakan dengan niat. Niatlah untuk menjadi suami yang terbaik dan ikhlas dalam apa yang dilakukan. Niat dan selangi doa, insyaAllah akan jadikan anda suami yang hebat. Niat yang baik, insyaAllah akan dipermudahkan.

  1. Pengetahuan agama

Suami sebagai pembimbing, sebagai ketua keluarga. Penuhi diri dengan ilmu agama dan gunakan untuk membimbing isteri. Hidup berlandaskan agama akan menjadikan anda dan isteri orang yang berjaya dunia dan akhirat.

  1. Selalu berhubung

Bukan sebelum berkahwin sahaja kerap hubungi pasangan anda. Hal ini perlu berterusan selamanya walaupun sudah berpuluh tahun kahwin. Mesej atau hubungilah isteri pada bila – bila masa terutama jika anda berada di luar rumah. Isteri akan rasa bahagia dan rasa dihargai kerana ada suami yang sentiasa ambil berat.

  1. Beri nafkah

Jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika anda ingin dihormati dan dianggap sebagai suami yang bertanggungjawab, jangan culas bab beri nafkah kepada isteri. Biarpun isteri anda juga bekerja, berilah yang anda mampu dan perlu.

  1. Ringan tulang

Bantulah isteri anda dalam tugas harian. Isteri mana tak suka kalau suami bantu memudahkan tugas mereka. Janji untuk susah senang bersama tapi kalau nak tolong buat kerja rumah pun liat. Apatah yang lain.  

Suami yang hebat di mata isteri adalah suami yang bertanggungjawab, pelindung, pendidik dan penuh dengan sifat kasih sayang pada isteri. Berusahalah untuk menjadi suami yang terbaik dan hebat pada isteri anda. InsyaAllah anda akan dihormati dan disayangi oleh isteri anda. 

Penulis: Ima