Bila masuk umur 25 tahun dan ke atas dan masih bujang ni, memang kerap sangat dapat soalan “Bila nak kahwin?” “Tak kahwin lagi ke?” “Dah ada calon ke?” dan banyak lagi soalan lain. Kadang-kadang tu sampai naik rimas bila orang bertanya. 

Bila bercakap soal tak kahwin lagi, pasti salah satu alasannya adalah “duit”. Tapi, tahukah anda sebenarnya banyak lagi punca mengapa mereka ini masih “bujang” atau belum bertemu jodoh. 

Jom baca kenapa masih ramai yang membujang dan tak kahwin lagi.

  1. Dah biasa hidup berdikari

Bila anda dah terbiasa hidup sendiri, hidup bujang pendek kata dah memang selesa menjalani hidup berseorangan memang akan timbul rasa tak nak kahwin. Ada juga tu yang dah selesa sangat sampai nak cari jodoh pun dia tak nak cari cara bagaimana untuk cari calon. 

  1. Busy dengan kerjaya

Individu yang sibuk dengan kerjaya biasanya tiada masa nak fikir soal jodoh dan perkahwinan. Mereka ni selalu digelar “workaholics” kerana kebiasaannya masa mereka memang banyak dihabiskan dengan kerja. Dah macam bercinta dengan kerja orang kata. 

  1. Fobia atau masih teringat masa lalu

Oleh disebabkan pengalaman lalu, ramai diantara kita yang masih belum menamatkan zaman bujang. Ada juga yang serik untuk bercinta apatah lagi untuk berkahwin. Dan, ada juga yang masih teringat-ingat dengan masa lalu sehingga tiada keinginan untuk berkahwin. 

  1. Terlalu memilih

Ini antara sebab yang paling selalu didengari oleh kalangan bujang. Mereka ni sebenarnya bukannya tak laku atau tiada yang nak, cuma terlalu memilih. Ada tu yang kata tak sesuai dengan diri, tak suka perangai pelik dan macam-macam lagi alasan. Manusia ni tiada yang sempurna, semua ada kekurangan. Jangan terlalu memilih sebab anda pun tidak sempurna. Perkahwinan tu yang akan menyempurnakan satu sama lain. 

  1. Jodoh tak sampai lagi

Bila diajukan dengan soalan “kenapa tak kahwin lagi?”, rata-rata ramai yang memberikan jawapan “jodoh tak sampai lagi” atau “belum bertemu calon yang sesuai”. Tapi ingat, kita sebagai manusia pun kena berusaha. InsyaALLAH dengan izin ALLAH S.W.T akan bertemu calon yang sesuai. 

Perkahwinan itu memang sesuatu yang indah dan dituntut dalam Islam. Setiap manusia juga pasti akan ada pasangan masing-masing. Bezanya cuma lambat atau cepat sahaja. Buat yang masih belum bertemu jodoh, boleh usaha cari di platform online. TillJannah.my salah satunya. Kita usaha, moga-moga ALLAH bantu dan permudahkan segala urusan. 

Penulis : Fatimah