Islam sangat memuliakan wanita kerana mereka seorang insan yang istimewa dan unik. Tapi jangan pelik juga jika wanita ni sekejap mood ok dan sekejap lagi mood dah bertukar tak ok. Itulah lumrah wanita. Biasalah ada hari kita bersedih, ada hari kita gembira. Perubahan mood wanita itu normal. Yang tak normal kalau hari – hari moody, itu perlukan pemerhatian.

- Perubahan hormon
Keseimbangan hormon dalam badan amat mempengaruhi mood seseorang ketika itu. Sebagai contoh, remaja atau wanita hamil adalah kelompok besar yang mengalami perubahan mood.

- PMS
Premenstrual syndrome (pms) biasanya akan dialami oleh wanita 1 minggu sebelum haid. Sebahagian besar wanita mengalami PMS sebelum haid. Selain mood berubah – ubah, PMS juga boleh buat wanita rasa keletihan, kemurungan dan juga kembung.
- Tekanan
Keadaan persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan hormon seseorang. Wanita akan jadi cepat marah bila mereka stress dan faktor persekitaran yang tidak sihat. Semestinya ini akan menjejaskan kehidupan sosial mereka. Dan memberi kesan pada orang sekeliling.
Kaum lelaki perlu peka akan perubahan pada wanita. Mood wanita berubah – ubah bukan sengaja atau dibuat – buat. Banyak faktor yang mempengaruhi sikap seseorang itu. Pemakanan juga penting dan perlu dijaga, pastikan mengambil makanan sihat dan seimbang. Yang penting untuk lelaki, jangan cari pasal dengan wanita bila mereka tengah tak ada mood. Anda pasti akan menyesal 🙂
Penulis : Ima
