Pastinya payah bila anda mempunyai pasangan yang “anak mak”.  Gelaran “anak mak” adalah salah satu gelaran yang digeruni kaum wanita. Mana tidaknya, bagi mereka ibu adalah segala-galanya melebihi anda. Gayanya kelihatan macho, namun ada waktu dan ketika yang tidak macho.

Kalau sudah berkahwin tapi masih dan terus melebihkan si ibu hingga tidak menjaga hati si isteri bagaimana pula kan?

Artikel kali ini akan menceritakan ciri-ciri anak emak. Jom tengok ciri-ciri ni ada atau tidak pada pasangan anda. 

Ciri-ciri pasangan anak emak:-

  1. Setiap perbualan atau keputusan pasti memerlukan penglibatan, tindakan serta keputusan adalah keputusan ibu. Baginya, keputusan ibunya adalah yang paling tepat.
  2. Kerap mengadu semua perkara kepada ibunya. Walaupun perkara itu adalah perkara kecil. 
  3. Pasangan anda kerap membandingkan anda dengan ibunya. Yang lagi parah apabila pasangan anda menganggap ibunya adalah yang terbaik dalam semua perkara berbanding anda. 
  4. Setiap masa yang ada pasti pasangan anda akan berkepit dengan ibunya. 
  5. Manja dan tidak berdikari. Semua perkara pasti dilakukan oleh sang ibunya. 
  6. Jika ada sebarang perkara penting, pasangan anda akan mencari ibunya dahulu sebelum anda. 

Teruntuk lelaki:-

  1. Setiap keputusan perlu dibincangkan bersama pasangan anda dahulu sebelum ibu. Berdikari bukan bererti berpisah dengan ibu. Ini merupakan peluang untuk anda mentadbir keluarga sendiri serta menjaga perasaan pasangan anda. 
  2. Anda juga perlu menjaga perasaan pasangan anda. Jangan membelakangkan mereka. 

Teruntuk wanita:-

  1. Anda boleh belajar untuk menjadi BFF kepada ibu pasangan anda juga. 
  2. Anda harus sabar dan banyakkan berkomunikasi.

Kesimpulannya, sebagai seorang lelaki anda perlu menjaga perasaan pasangan dan begitu juga sebaliknya. Wanita hendaklah sabar dan memahami pasangan anda. Moga-moga yang terbaik sahaja buat kita semua. 

Penulis : Fatimah