Isteri adalah wanita yang hebat. Sama ada yang bekerja atau suri rumah mereka ini dapat melaksanakan tugasan rumah serba serbi. Daripada menguruskan rumah hingga menguruskan anak serahkan pada mereka. Pasti segalanya akan teratur dan berjalan dengan lancar.
Tugas isteri tidak mudah, biarpun isteri anda suri rumah mereka juga bekerja, lebih dari masa suami bekerja iaitu 24 jam dan 7 hari seminggu tanpa cuti. Begitu juga untuk isteri yang bekerja. Selepas kerja perlu uruskan rumah tangga seperti mengemas, memasak dan menjaga anak. Biarpun penat, mereka tetap buat sebab mereka isteri dan ibu yang hebat.

Para suami, anda perlu benarkan isteri anda untuk “Me Time”. Me Time adalah memberikan masa untuk diri sendiri dan bebas lakukan apa yang dia mahu tapi masih dalam keadaan terkawal. Di sini dikongsikan sebab kenapa anda perlu beri kelonggaran pada isteri anda untuk Me Time.
- Beri mereka rehat
Bila seseorang itu lakukan kerja tanpa henti boleh “jammed” juga kepala nanti. Untuk pastikan rumah tangga dalam keadaan baik, biarkan isteri anda rehat. Rehat dari melakukan kerja rumah buat seketika. Biarlah isteri anda rehat sama ada tidur atau hanya baring, itu dah cukup bagi mereka. Pastikan mereka rehat tanpa gangguan.
- Bersosial
Sebagai seorang wanita kehidupan mereka selepas berkahwin dan sebelum berkahwin berbeza. Jika sebelum ini mereka dapat keluar bersama kawan – kawan lepas bekerja atau pun pada hujung minggu, selepas berkahwin kebebasan itu tersekat. Jadi, izinkan isteri anda luangkan masa untuk berjumpa dengan kawan – kawan ataupun keluarga.
- Luangkan masa sendiri
Boleh dikatakan sepenuh masa isteri dihabiskan bersama suami dan anak – anak. Jika isteri ingin luangkan masa sendirian di dalam bilik atau untuk keluar, izinkan. Isteri juga perlukan masa sendiri selain fikirkan hal keluarga. Masa tu suami boleh amik alih tugas menguruskan rumah dan menjaga anak.
- Lakukan aktiviti yang digemari
Jika suami ada hobi atau minat yang perlu dilakukan contoh seperti pergi memancing atau bermain futsal seminggu sekali atau sebulan sekali. Begitu juga isteri, pasti mereka ada aktiviti yang mereka ingin lakukan contoh pergi window shopping atau ikut kelas buat kek. Anda perlu berlaku adil kerana isteri anda juga ialah manusia.
- Kesihatan mental
Biarpun tidak melakukan kerja luar seperti suami lakukan, menguruskan rumah sama juga penat fizikal dan mental. Isteri boleh jadi tertekan jika semua kerja dilakukan tanpa bantuan suami. Suami perlu peka dan prihatin akan keadaan isteri. Berikan mereka masa untuk rehatkan mental mereka, jangan sampai mereka pendam, takut nanti boleh meletup.
Percaya atau tidak, jika isteri anda happy, rumah tangga anda juga akan ada aura bahagia. Orang sekeliling isteri juga akan happy. Tapi jika sebaliknya, boleh porak peranda hidup anda sekeluarga. Untuk buat isteri happy, berikan mereka masa untuk diri sendiri. Suami isteri perlu tolak ansur dan tolong-menolong satu sama lain. Jadi para suami, sila hargai isteri anda.
Penulis : Ima
