“Best friend forever” atau sahabat. Penulis pasti ramai antara kita yang mempunyai sahabat sejati. Cuma, dalam kita bersahabat tidak semestinya kita hanya bersahabat dengan sesama jantina. Pasti akan ada yang bersahabat dengan berlainan jantina.
Keserasian yang ada dalam hubungan persahabatan membuatkan anda dan sahabat merasa seperti “adik beradik”. Tapi, percayalah lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik tanpa sebarang perasaan. Salah seorang daripada kalian pasti menyimpan perasaan melebihi seorang sahabat.

Bercinta dengan sahabat sendiri bukanlah sesuatu yang asing lagi, ramai di kalangan kita sekarang yang dari seorang sahabat bertukar menjadi sepasang suami isteri. Bahkan, pasangan artis Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana juga bermula sebagai sepasang sahabat. Mereka telah membuktikan bahawa persahabatan boleh berakhir dengan perkahwinan.
Jatuh cinta kepada sahabat baik sendiri biasa terjadi kerana kita merasakan bahawa sahabat baik lebih mengenali kita berbanding orang lain. Bahkan, ketika bersama sahabat baik sendiri kita dapat menjadi diri kita sendiri.
Jadi, jika masih ada yang ragu-ragu dengan perasaannya terhadap sahabat sendiri, jemput baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui apakah 3 tanda anda jatuh cinta pada sahabat sendiri.

- Cemburu
Dalam diam anda selalu memperhatikan gerak-gerinya. Anda mula rasa cemburu jika ada orang lain yang mula mendekati sahabat anda. Anda bimbang jika “posisi” anda akan diambil oleh orang lain.
- “Clingy” dengan sahabat sendiri
Jika perkara ini terjadi kepada anda, sebaik-baiknya fikir secara rasional dan fikir masak-masak sama ada keputusan yang anda ambil ini benar dan adakah anda benar-benar tertarik dengan sahabat sendiri secara romantik atau hanya sekadar merasakan selesa berada di sampingnya kerana sahabat anda telah mengetahui segala baik buruk anda.
- Sentiasa update kegiatan
Jika sebelum ini, anda adalah sejenis yang tidak pernah berkongsi kegiatan dengan sahabat baik dan sekarang anda menjadi orang yang sering berkongsi kegiatan dengan sahabat baik ini adalah salah satu petanda anda menyukai si dia. Setiap perkongsian yang anda berikan pada si dia bukan sekadar ingin memaklumkan pada si dia dan berkongsi cerita, tetapi kerana dia adalah individu penting dalam hidup anda.
Kesimpulannya, bercinta dengan sahabat baik sendiri bukan sesuatu yang baru dan tidak memudaratkan. Namun, sebelum anda membuat keputusan untuk menjalinkan perhubungan pastikan anda telah selidik sama ada sahabat baik anda telah menjalinkan hubungan atau belum bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.
Penulis : Fatimah
