Biasanya kita akan dengar wanita pilih lelaki berusia untuk dijadikan pasangan hidup. Kerana lelaki berusia ini lebih matang. Bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang memilih lelaki yang lebih muda dari umur mereka untuk dijadikan pasangan. 

Jom lihat 4 sebab kenapa ada segelintir wanita memilih lelaki yang muda dari umur mereka untuk dijadikan suami dan bukan lelaki yang sebaya atau yang lebih berusia. 

  1. Cinta tak kenal usia

Umur bukan penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Biarpun jarak umur yang jauh berbeza, ia bukan penghalang untuk menerima pasangan seadanya. 

  1. Matang 

Umumnya kita selalu dengar wanita lebih matang dari lelaki. Tetapi ada juga lelaki muda yang sama matang lelaki berusia. Kematangan tidak diukur dari usia seseorang tetapi dari pengalaman atau persekitaran hidup seseorang itu.

  1. Keikhlasan

Jika dilihat bukan lelaki berusia sahaja yang mampu untuk mengahwini wanita pilihan hati bahkan lelaki muda juga mampu. Ini dapat dilihat daripada kesungguhan lelaki tersebut untuk memiliki wanita pilihan hati. Dan ianya bukan sekadar suka – suka untuk jatuh cinta dengan pasangan yang lebih berusia tetapi keikhlasan menerima.

  1. Bertanggungjawab

Baik yang muda atau yang berusia semua perlu ada rasa tanggungjawab dalam diri masing – masing. Sebagai contoh. ramai lelaki muda yang sanggup untuk menerima pasangan yang ada anak (perkahwinan dahulu). Bagi mereka itu bukan bebanan tetapi tanggungjawab untuk digalas bersama. 

Tak ada salahnya untuk memilih lelaki yang lebih muda untuk dijadikan suami. Yang penting adalah keserasian dan bertolak ansur dalam perhubungan. InsyaAllah anda pasti bahagia.

Penulis : Ima