Dalam sebuah perhubungan, ghosting” merupakan fenomena yang cukup popular. Bahkan, sehingga “ghosting” menjadi salah satu topik yang sering dibicarakan serta yang sering dicari di internet

Persoalannya apa itu ghosting?

Ghosting atau dalam bahasa mudahnya ditinggalkan secara tiba-tiba dan penjelasan yang jelas sehingga hubungan menjadi tergantung tidak bertali.

Lalu, kenapa yang ramai menjadi mangsa ditinggalkan tanpa penjelasan ni?

Jom baca artikel ni untuk tahu apa sebab anda di ghosting.

  1. Dia jumpa orang yang lebih baik darimu

Tak dapat dinafikan lagi, ini antara kenyataan yang sukar untuk diterima. Namun, kebiasaannya itulah hakikatnya. Dia meninggalkan anda kerana telah bertemu orang yang lebih baik dari anda. 

  1. Dia tidak berminat dengan hubungan itu 

Punca yang menyebabkan kebanyakan orang ditinggalkan tanpa penjelasan adalah kerana si dia tidak berminat dengan hubungan tersebut apatah lagi meneruskan hubungan tersebut. Sebenarnya lebih baik di ghosting di awal-awal daripada diberikan harapan palsu oleh si dia.  

  1. Dia dah bosan dengan anda

Salah satu sebab anda ditinggalkan adalah si dia dah bosan dengan anda serta perangai anda. Nak diluahkan tapi si dia risau kita rasa sedih, jadi dia tinggalkan dengan tiba-tiba tanpa penjelasan yang jelas. 

  1. Dia tidak berminat nak ada komitmen 

Sesibuk macam mana pun seseorang, kalau dia dah sayang dan dah cinta pasti dia akan luangkan masa dengan anda. Tetapi, jika dia sudah tidak sayang dan cinta pada kita pasti akan membuat 1001 alasan untuk mengelakkan diri daripada berjumpa dengan anda. Lama-kelamaan si dia akan hilang begitu sahaja, ditinggalkan tanpa penjelas yang kukuh. 

Kesimpulannya, tiada sesiapa yang layak ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan yang jelas. Setiap orang pastinya memerlukan penjelasan yang kukuh mengenai kenapa ia terjadi pada anda. 

Mungkin ada yang rasa, hal ini nampak kecil dan remeh. Tapi percayalah ada orang yang menjadi tekanan perasaan oleh kerana ditinggalkan begitu sahaja. Ghosting ini merupakan satu budaya yang tidak sihat dan tidak wajar diamalkan. 

Penulis : Fatimah