Sebagai seorang isteri, mereka ini tidak pernah mengeluh apabila membuat kerja rumah, menjaga anak-anak dan menjalankan tanggungjawab dengan seeloknya jika si suami tidak pernah menyakiti hati isteri serta pandai menghargai isteri.

Perasan tak? Si isteri tidak pernah mengeluh ataupun mengadu bahawa mereka ni penat untuk menjalankan tanggungjawab dan mereka ini juga adalah seorang yang hebat. Di luar mereka bekerja mencari rezeki tetapi bila di dalam rumah mereka menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat dan tidak pernah mengenal erti penat. Mereka ini tidak ingin meminta lebih hanya ingin dihargai sahaja. Si suami perlu tahu apa yang boleh membuatkan isteri lebih bahagia tanpa bertanyakan kepada mereka apa yang mereka ingini. Anggap anda ingin membuat kejutan kepada mereka.
- BANTU ISTERI DI RUMAH
Pada waktu hujung minggu, lebih selesa jika anda meluangkan masa di rumah bersama isteri dan anak-anak tersayang. Jika anda nampak isteri sedang mengemas, bantu mereka. Kerja rumah akan jadi lebih seronok sebenarnya apabila suami isteri saling membantu. Jika si isteri sedang memasak, anda boleh bantu untuk basuh baju atau sapu lantai. Itu pun dah boleh membuatkan si isteri bahagia.
- BUAT KEJUTAN
Bukan susah untuk buat kejutan kepada orang tersayang. Banyak dah tempat yang disediakan untuk anda buat kejutan untuk isteri anda. Mungkin anda boleh ajak isteri pergi ke tempat restoran yang romantik dan makan malam bersama. Itu pun dah boleh membuatkan hati isteri anda bahagia dan rasa dihargai.

- SENTIASA INGAT PADA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA KELUARGA
Selepas sahaja anda bergelar seorang suami, jangan pernah anda abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang suami. Sekali sahaja anda abaikan tanggungjawab anda, rumah tangga anda tidak akan jadi sempurna dan mudah goyah. Isteri akan bahagia bila anda ingat dan jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Di situ mereka akan nampak anda seorang suami yang hebat.
- BERI PUJIAN
Rajinkan untuk memuji isteri seperti lauk masakan dengan berkata “Sedapnya sayang, tak rugi saya jadikan awak isteri saya” dan puji juga isteri apabila mereka berhias untuk anda “Cantiknya sayang bidadari saya apabila di syurga nanti”. Dengan pujian ini mampu mencairkan hati mereka.
- MENJAGA HATI & SENTIASA MEMINTA MAAF
Apabila berlakunya perbalahan, belajar untuk meminta maaf meskipun bukan salah anda. Dengan melafazkan kata maaf, hati anda pun akan lega dan hati isteri anda pun bahagia kerana anda mengakui serta tidak ingin perbalahan itu menjadi besar. Apabila di luar rumah, sentiasa ingat gelaran anda sebagai suami orang. Dan ada hati yang anda perlu jaga.
Penulis : Fatimah
