Siapa je tak suka kalau lelaki kelakar ni kan? Lelaki yang kelakar boleh membuat orang sedih menjadi bahagia. Tambahan pula, kalau dia membuat kelakar tapi dalam masa yang sama mereka pandai ambil hati. Sebenarnya, menjadi seorang pelawak ataupun kelakar bukan la perkara yang senang dan ianya perlu menjadi sifat semula jadi. 

Tetapi apa sebab wanita lebih suka kepada lelaki yang kelakar? 

  1. KEYAKINAN TINGGI

Tak semua orang mempunyai keyakinan yang tinggi lagi pula dalam membuat lawak. Orang seperti ini mereka tidak pernah fikir tentang bualan orang terhadap diri mereka. Sama ada lawak mereka hambar atau tidak. Janji mereka boleh menghiburkan hati orang yang tersayang. 

  1. PANDAI AMBIL HATI

Orang yang kelakar ini adalah jenis extrovert. Dan mereka juga pandai ambil hati orang sekeliling mereka. Mereka boleh menggunakan pelbagai cara dengan menyampaikan lawak serta menggunakan ayat pickup line untuk ambil hati orang yang mereka sayang.

  1. TIDAK TERLALU SERIUS

Ada sesetengah lelaki, perkara kecil pun mereka boleh ambil serius tetapi sebenarnya perkara sebegini boleh membuatkan wanita tidak selesa dan tidak berapa suka dengan lelaki serius. Ada masa boleh serius dan ada masa perlu ada hiburan dalam perhubungan. 

  1. TAK MEMBOSANKAN

Lelaki yang mempunyai sifat kelakar ini mesti tidak kering idea untuk membuatkan orang tersayang senyum bahagia. Dan mereka ini tidak membosankan dengan lawak-lawak mereka walaupun kadang tidak masuk akal.

  1. FIKIRAN LEBIH TERBUKA

Orang yang berfikiran lebih terbuka boleh menerima pelbagai idea-idea atau hujah. Mereka tidak pernah ambil serius dan berkecil hati jika perkara itu boleh menyakitkan hati mereka. 

  1. MERASA TENANG APABILA BERSAMA

Apabila bersama dengan orang yang kelakar, mereka akan buat kita merasa tenang dan selesa. Dan mereka tahu cara atau bagaimana untuk membahagiakan hari kita. 

Penulis : Fatimah