Menjalankan atau membina satu hubungan bukan perkara yang mudah dan perlukan sifat toleransi, komunikasi dan sebagainya untuk menjayakan hubungan itu menjadi bahagia selamanya. 

Tetapi, ada juga yang gagal dalam hubungan percintaan dan kebanyakannya lelaki dulu yang sanggup untuk tinggalkan perempuan. Mereka ada sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan mereka mengakhiri hubungan itu. 

  1. TIDAK PERNAH MERASA BAHAGIA

Awal permulaan hubungan saja merasakan kebahagiaan tetapi pada pertengahan banyak berlaku pergaduhan sehingga tidak bertegur sapa dan tidak memujuk. Terlalu ikutkan perasaan dan ego sampai merasakan tidak pernah bahagia dalam perhubungan. 

  1. MASIH BELUM MOVE ON DENGAN MASA LALU

Lelaki yang baru lepas putus cinta  terus membuat keputusan untuk mencipta kebahagiaan baru dan melupakan yang lepas. Tetapi sebenarnya mereka ini masih belum boleh melupakan dan masih ada rasa sayang terhadap bekas kekasih.

  1. TIADA PERSEFAHAMAN

Lelaki paling tidak suka kalau perempuan tidak faham mereka. Lagi kalau mereka ni tidak mendengar sebarang idea ataupun hujahan daripada lelaki. Satu hubungan yang sempurna dan bahagia perlu ada kesefahaman antara satu sama lain. 

  1. HATI MULA BERUBAH

Setiap hubungan pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. Lagi merisaukan adalah soal hati. Hati manusia mudah goyah dan berubah. Hati lelaki akan berubah jika perempuan tidak mendengar kata-kata mereka dan buat perkara yang mereka tidak sukai.

  1. BELUM BERSEDIA

Lelaki yang masih dalam fasa putus cinta, mereka ini tidak 100% bersedia untuk membina hubungan yang baru. Jika ada lelaki datang kepada anda dan mengatakan mereka ini baru putus cinta, cuba untuk elakkan meneruskan hubungan dengan mereka. Takut anda yang akan kecewa di kemudian hari.

Penulis : Izzah