Negara Malaysia penuh dengan pelbagai kaum dan bangsa serta agama. Kita juga kaya dengan adat dan budaya setiap kaum atau keturunan. Untuk agama Islam di Malaysia, kelompok terbesar adalah Melayu dan ada pelbagai keturunan seperti Jawa, Minang Kabau, dan sebagainya. Sama juga dengan agama yang lain. 

Di Malaysia juga ramai yang berkahwin campur dimana mereka berkahwin tidak kisah tentang latar belakang seseorang itu atau dari bangsa mana. Cinta itu buta, dimana tidak kenal antara bangsa dan warna kulit. Janji boleh bahagia bila bersama. Ada keistimewaan bila berkahwin campur ni tau!

  1. MENGERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Perkahwinan campur ini bukanlah satu perkara yang pelik tetapi ia satu perkara yang baharu jika dalam keluarga anda tidak pernah ada perkahwinan campur. Ianya boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga jika anda dan pasangan membawa kedua-dua keluarga berjumpa dan meluangkan masa bersama akan nampak lebih bahagia dan mesra. 

  1. KEHARMONIAN KAUM

Mungkin satu perkara yang baru berlaku dalam kaum pasangan anda, tetapi dalam pada yang sama anda boleh belajar benda-benda baru tentang kaum mereka. 

  1. MELAHIRKAN ANAK ATAU GENETIK YANG BAIK

Kata orang siapa yang melakukan perkahwinan campur ini mereka boleh mendapat anak yang cantik serta baik. 

  1. MEMBANTU SATU SAMA LAIN UNTUK MELAKUKAN IBADAH AGAMA

Pahala yang besar jika seorang muslim bantu orang yang beragama lain dengan memeluk agama Islam. Dan boleh bimbing dan perbaiki sama sendiri untuk melakukan ibadah sebaik mungkin. Pahala dan ganjaran pun akan diberikan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah perkahwinan itu akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Penulis : Izzah