Sebelum anda dan pasangan bergelar suami isteri, anda diwajibkan untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Dimana, dalam kursus perkahwinan ini mereka memberikan ilmu rumah tangga daripada cara mengawal kemarahan, tanggungjawab suami isteri dan sebagainya. Suami adalah ketua keluarga yang mencari rezeki, pemberi nafkah dan si isteri wajib untuk hormat kepada suami.
Kadang-kala suami tidak ingin meminta apa-apa pun, mereka cuma inginkan dihormati oleh orang yang mereka sayang. Zaman sekarang, ramai juga yang tidak menghormati suami dan menjadi punca rumah tangga boleh runtuh ataupun lebih jelas berlakunya perceraian.

- DENGAR CAKAP SUAMI
Sentiasa ingat apa pesan suami dan jangan pernah sesekali bantah kata suami kalau suami itu betul.Tetapi kalau anda sedar bahawa suami anda berkatakan perkara yang salah, cuba untuk betulkan tetapi dengan cara sopan dan tidak kurang ajar.
- JANGAN RAHSIAKAN APA-APA DARI SUAMI
Kalau anda ada apa-apa permasalahan atau perkara yang merunsingkan fikiran anda, cerita dan luahkan kepada suami walaupun perkara itu melibatkan atau tidak kepada suami. Kalau anda cuba merahsiakan suami beberapa perkara, lambat laun mereka akan tahu juga dan akan jadi lebih besar masalah serta boleh mengeruhkan keadaan.
- JANGAN BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
Rumah tangga perlukan komunikasi dan toleransi bersama. Kalau anda ingin membuat sesuatu keputusan mengikut hati dan perasaan anda sendiri, fikir semula bahawa anda sekarang bukan bujang lagi anda masih ada pasangan. Dimana, pasangan boleh memberi pendapat yang berbeza dan boleh bantu anda untuk membuat satu keputusan.
- ELAKKAN BERJUMPA ATAU BERKENALAN DENGAN LELAKI LAIN
Bila anda berkenalan dengan lelaki lain selepas berkahwin, anda akan dianggap curang walaupun bagi anda sebagai kawan sahaja. Dan perkara ini tidak elok untuk para isteri lakukan kerana boleh meruntuhkan rumah tangga sendiri.
Penulis : Izzah
