Setiap manusia fitrahnya mempunyai perasaan untuk jatuh cinta, untuk menyayangi dan untuk merindui. Tetapi setiap manusia mesti ada perasaan suka kepada seseorang tetapi tidak berani untuk meluahkan. Kadang-kadang boleh sampai berangan bagaimana kalau anda bersama dengan dia. Bahagia betul! 

Ada tanda-tanda orang yang dilamun cinta tanpa mereka sedar pun! 

  1. SENTIASA TERINGAT SI DIA

Bila dah balik ke rumah pun masih teringat dekat si dia. Teringat apa dibualkan tadi, senyuman dia, cara dia berbual dengan awak. Sampai susah untuk fikirkan perkara lain. Sentiasa bermain di fikiran.

  1. MENJADI GELISAH

1 hari tak jumpa pun dah boleh jadi gelisah lagikan tak tengok muka si dia. Mesti tercari-cari dan bertanya “mana dia ni?”. Bila kita nampak dia di depan mata kita sendiri barulah hati merasakan tenang. 

  1. BERANGAN

Orang kalau dilamun cinta, kalau tak berangan tak sah tau! Selalu berangan kepada perkara yang belum jadi, lagi-lagi berangan kalau dia jodoh anda, macam mana anda dengan dia bila berkahwin dan itu boleh membahagiakan anda walaupun bukan perkara yang nyata.

  1. ONCALL

Oncall ini bukan satu perkara yang pelik tetapi perkara yang biasa untuk pasangan yang dilamun cinta. Ada sahaja nak ingin dibualkan dalam telefon walaupun dah berjumpa. Mungkin kata orang “tak bosan ke tadi kan dah jumpa ni call pula”. Kalau orang yang sedang dilamun cinta tak pernah pun fikirkan tentang perkara tersebut.

  1. BUAT KEJUTAN

Zaman sekarang, pasangan yang sedang hangat bercinta lebih suka gunakan servis suprise delivery seperti bunga, hadiah coklat dan sebagainya untuk pastikan pasangan bahagia dan teringatkan tentang awak. 

  1. CEMBURU

Bila anda nampak dia dengan orang lain sama jantina pula dengan anda, pasti anda merasakan cemburu dan marah. Lagi-lagi kalau dia ketawa mesra lagi menaikkan sifat marah. Bila dah ada perasaan cemburu yang hadir di dalam diri anda, maksudnya anda telah jatuh cinta pada si dia.

  1. SENTIASA KATAKAN “BOLEH”, JARANG UNTUK KATAKAN “TIDAK”

Bila pasangan atau si dia ingin meminta bantuan daripada anda, sukar untuk anda katakan tidak manakala anda akan terus mengatakan “ya” untuk pastikan anda sahaja yang boleh bantu dia. 

Penulis : Izzah