Wajah yang cantik tidak menjaminkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Itu cuma bonus. Punca utama menjadi kebahagiaan dalam rumah tangga apabila isteri memasak untuk suami. Kalau anda masih belum mahir ataupun jarang-jarang masuk ke dapur, cuba dan belajar mencari resepi yang mudah dan ringkas tetapi sedap untuk dimakan.
Lelaki sebenarnya tidak gemar untuk makan luar, mereka lebih suka untuk makan di rumah lagikan pula air tangan seorang isteri yang mereka sayang.

- PIKAT HATI & PERUT SUAMI
Kalau nak buatkan suami anda jatuh cinta hari-hari dengan anda. Masaklah dengan seikhlas hati dengan tambah kasih sayang.
- ELAK MAKAN DILUAR
Untuk makan diluar lebih disarankan hanya sebulan sekali sahaja. Lebih elok untuk makan dirumah kerana anda pun ada privasi dan merasa tenang untuk berbual dengan pasangan anda dan lihat pasangan merasai air tangan anda. Selain itu juga, anda dapat berjimat daripada pembaziran.
- TANGGUNGJAWAB
Sebagai suri rumah ataupun isteri, memasak adalah antara salah satu tanggungjawab dalam rumah tangga. Anda ingin pastikan pasangan anda cukup makan dan sihat.
- AIR TANGAN ISTERI LEBIH SEDAP
Memang ada masakan kedai yang menepati citarasa tapi tidak boleh melawan air tangan isteri. Walaupun masakan ringkas dan mudah, tapi rasa kesedapan itu tidak akan sama berbanding dengan masakan seorang isteri. Setiap orang ada citarasa sendiri tetapi kalau pasangan dah selera merasai air tangan anda, percayalah dia tidak akan mencari orang lain dan tidak akan gemar masakan yang lain kecuali dari masakan anda.
- KEHEBATAN ISTERI
Memasak bukanlah perkara yang susah dan bukan juga terlalu senang. Kalau anda rajin untuk memasak menu bahan yang renyah (susah) dan anda berjaya menghasilkan masakan itu, pastinya anda hebat kerana sanggup menghasilkan satu menu yang susah tetapi sedap walaupun hanya ingin berikan kepada suami sahaja.
Kalau belum mahir memasak lagi tidak mengapa. Belajar dahulu, lama-lama mesti pandai. Resepi sekarang semua mudah untuk dicari hanya dalam telefon sahaja.
Penulis : Izzah
