Biasanya kita selalu dengar dan begitu sinonim orang yang suka merajuk ini adalah wanita. Jarang sekali kita dengar lelaki merajuk. Ada lelaki yang merajuk tetapi puratanya amat kurang. Mudah untuk perasan orang wanita merajuk berdasarkan sikap waktu itu tetapi jika lelaki yang merajuk sukar untuk dikesan. 

Bukan wanita sahaja yang ingin dipujuk jika merajuk, lelaki juga sama. Jadi bagaimana untuk wanita memujuk pasangan mereka yang sedang merajuk? Berikut tip untuk anda memujuk pasangan anda.

  1. Kenal pasti punca

Selalunya orang merajuk mesti bersebab. Anda perlu kenal pasti sebab kenapa beliau merajuk. Bila dah kenal pasti, anda rendahkan sedikit ego anda dan mengaku kesalahan anda serta minta maaf. Ingat,  jangan anda cabar atau lagi buat pasangan anda lagi marah. Puji mereka untuk pulihkan hubungan anda.

  1. Belikan sesuatu 

Anda pasti tahu apa yang pasangan anda suka makan. Tak perlu benda yang mahal – mahal. Belikan makanan kegemaran contoh coklat yang beliau suka dan berikan padanya. Tak perlu benda yang mahal – mahal. Percayalah itu akan membantu hubungan anda dan beliau baik semula. Yang penting anda mulakan dahulu untuk menegur.

  1. Berjenaka

Siapa yang tak suka jenaka. Ia sesuatu yang menghiburkan hati seseorang. Anda boleh cuba berjenaka dengan pasangan anda, mulakan dengan jenaka yang tidak keterlaluan dan sesuai mengikut situasi. Contoh anda boleh beri pickup line pada si dia. Pasti si dia tersenyum walaupun hanya mengukir sedikit senyuman. 

  1. Layan seperti tiada masalah

Layan pasangan anda seperti tiada apa yang berlaku. Merajuk lelaki tak seperti merajuk wanita yang terbawa lama – lama. Bila anda tegur pasangan anda mereka akan cepat lupakan apa yang mereka rajukkan tadi. Settle masalah.

Merajuk dalam perhubungan ada kebaikan dimana ia dapat mengeratkan hubungan dan mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Hati pasangan perlu dijaga dan bertolak ansur untuk menjadikan hubungan tersebut harmoni. Tapi perlu ingat jangan merajuk tak tentu pasal dan mengada – ngada. Risau hal lain pulak yang jadi nanti.

Penulis : Ima