Selalu kita lihat, bunga dapat menunjukkan betapa romantisnya seseorang terhadap pasangannya. Walaupun bunga akan layu, tetapi perasaan dan pengalaman menerima bunga daripada seseorang tidak dapat dilupakan. Terutamanya, bunga ros. 

Namun begitu, setiap bilangan bunga ros mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Ada sebab mengapa seseorang memberikan bunga ros mengikut jumlah-jumlah tertentu. Ada yang akan memberikan sekuntum sahaja, dan ada yang akan memberikan banyak kuntum bunga ros, 

Dipetik dan diterjemah dari Roses Meaning, jom baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui apakah makna di sebalik kuntuman bunga ros yang diterima!

1 kuntum = Cinta yang sangat luar biasa & hanya buatmu 

2 kuntum = Saling menyayangi antara satu sama lain

3 kuntum = Saya cinta kamu (I LOVE YOU)

6 kuntum = Saya ingin menjadi milikmu

9 kuntum = Cinta antara kita berkekalan selamanya

11 kuntum = Hanya awak seorang sahaja yang dicintai dalam hidup ini

12 kuntum = Kepuasan serta keserasian bersama

13 kuntum = Peminat rahsia

24 kuntum = 24 jam selalu ingat dan cinta pada dirimu

33 kuntum = Saya cinta padamu dengan cinta yang mendalam

36 kuntum = Rasa ini hadir kerana awak hadir dalam hidup saya

44 kuntum = Berkekalan dan tidak akan berubah

50 kuntum = Cinta tanpa sebarang penyesalan

56 kuntum = Cintaku 

66 kuntum = Hubungan yang berjaya

99 kuntum = Kefahaman dalam cinta dan hubungan menjadikan hubungan kekal lama

100 kuntum = Kesatuan yang harmoni dalam satu abad, kekal sebagai pasangan yang setia ‘hingga usia matang.

101 kuntum = Tiada cinta lain selain awak. 

108 kuntum = Kahwin dengan saya 

111 kuntum = Cinta sejati 

123 kuntum = Kebebasan bercinta

144 kuntum = Menyayangi mu siang, malam dan selamanya tiada henti 

365 kuntum = Memikirkan dan menyayangi mu setiap hari

999 kuntum = Cinta yang kekal dan bertahan lama

1001 kuntum = Cinta sejati selamanya 

Kesimpulannya, bunga boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Mungkin boleh jadikan sebagai token untuk mereka yang layak mendapatkannya. 

Penulis : Fat