Soal kewangan sering menjadi masalah utama buat mereka yang ingin berkahwin. Persediaan yang rapi dari pelbagai sudut terutama persediaan dari segi bajet kahwin amatlah penting. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya sudah tahu cara untuk simpan duit kahwin untuk memastikan majlis dapat dijalankan dan berjalan lancar. 

Tetapi, kebiasaannya dalam masa anda membuat persiapan pasti akan timbul permasalahan berkaitan kewangan. Contohnya, tidak cukup duit dan sebagainya. 

Tetapi, tahukah anda sebenarnya anda masih boleh melangsungkan majlis perkahwinan walaupun dengan bajet yang terhad?

Jom baca artikel ni sampai habis untuk tahu tips kahwin secara bajet!

  1. Majlis nikah & sanding dalam satu hari

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh jimat banyak sekiranya majlis nikah dan sanding diadakan dalam satu hari yang sama dan tempat yang sama. Perlu diingatkan, sekiranya anda membuat dua majlis dalam satu hari, anda perlu mengambil kira jumlah tetamu undangan. Sebagai contoh, anda boleh membuat majlis pernikahan di sebelah pagi dan terus ke majlis sanding di sebelah petang. Jimat masa dan kos yang dikeluarkan. Perlu diingatkan juga, tempat yang dipilih harus bersesuaian dengan jumlah tetamu yang diundang. 

  1. Membeli Ketika Harga Promosi

Antara sebab pentingnya untuk anda dan pasangan merancang terlebih awal mengenai majlis yang bakal berlangsung adalah supaya anda dan pasangan mempunyai masa untuk merisik-risik harga serta membeli barang ketika sedang berlangsung promosi. Anda digalakkan supaya selalu “survey” di blog-blog perkahwinan dan anda juga boleh pergi ke “expo perkahwinan” untuk melihat sendiri jika ada sebarang promosi. 

  1. Hantaran D.I.Y

Hantaran juga penting bagi pasangan yang ingin berkahwin. Jadi untuk anda yang ingin berjimat, boleh gubah hantaran ada sendiri, tak perlu hantar kepada orang untuk digubah. Jika anda tidak berapa kreatif, boleh buat “hidden hantaran”, selain daripada mudah nak gubah anda pun tak perlu risau tanggapan orang tentang hantaran yang diberikan sebab orang tak nampak. Selain itu, anda juga boleh meminimalkan jumlah dulang hantaran, iaitu 5 bagi pihak lelaki dan 7 bagi pihak wanita.

  1. Sewa baju dan persalinan 

Selain daripada jimat, mengurangkan banyak kos ianya juga realistik. Kedua-dua belah pihak dapat menjimatkan duit dengan menyewa sahaja set persalinan untuk nikah dan sanding. Sekarang sudah banyak pilihan dan “design” yang berada di pasaran. Anda tinggal perlu risik-risik yang mana anda mahukan.

  1. Kad jemputan digital 

Kad jemputan digital memang menjadi pilihan ramai pasangan yang ingin mengurangkan kos. Selain daripada jimat ianya juga lebih mudah untuk diberikan. Anda hanya perlu “design” kad jemputan anda dan boleh edarkan di group Whatsapp, Facebook, Instagram dan media sosial anda yang lain. Jika anda ada bajet yang lebih, boleh tempah kad digital yang boleh buat RSVP. 

Pendek kata, berkahwinlah mengikut kemampuan masing-masing. Biar bersederhana sewaktu majlis agar tidak merana selepas majlis!

Penulis : Fatimah