Berkahwin adalah wajib jika seseorang itu berkemampuan fizikal dan mental serta bimbang jika diri akan terjerumus ke lembah maksiat dengan melakukan zina. Perkahwinan boleh menjadi sunat apabila seseorang itu yakin tidak akan terjebak dengan zina dan maksiat.
Sebelum itu, anda perlu faham 5 perkara ini dahulu sebelum berkahwin.

- Bukan suka – suka
Baik lelaki mahupun perempuan, perlu tahu bahawa perkahwinan yang dirancang ini bukan perkara yang main – main. Selepas akad, anda dan pasangan sah menjadi suami isteri. Besar tanggungjawab yang menanti dan perlu digalas kelak. Dan semestinya impikan perkahwinan yang berkekalan hingga ke jannah. Jadi pastikan niat kerana Allah swt.
- Persiapkan diri
Menjadi suami atau isteri tidak mudah. Pelbagai ujian hidup berumah tangga yang anda dan pasangan akan lalui sepanjang tempoh perkahwinan. Jadi anda perlu siapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Dan persiapkan kekuatan mental anda. Tanpa persediaan, rumah tangga yang dibina boleh goyah.
- Ubah sikap
Hidup berpasangan tidak sama dengan hidup semasa bujang, anda dan pasangan perlu ada niat untuk ubah sikap negatif masing – masing ke sikap positif. Sikap negatif boleh rosakkan hubungan anda dan pasangan kelak. Niat dan berusaha untuk menjadi suami atau isteri yang baik.
- Komitmen
“Duit tak boleh beri kebahagiaan tapi untuk kelangsungan hidup perlukan duit”. Selepas berkahwin anda perlu sediakan keperluan asas yang cukup untuk isteri anda seperti tempat tinggal dan nafkah. Itu sudah menjadi tanggungjawab suami. Perbelanjaan anda selepas berkahwin tidak sama sewaktu anda bujang. Jadi anda perlu bijak dalam menguruskan kewangan anda.
- Pengetahuan agama
Anda perlu ada asas agama dalam kehidupan. Contoh, untuk bina rumah perlukan bahan asas seperti simen tapi jika tiada bahan asas tersebut bagaimana untuk bina rumah yang kukuh. Begitulah juga dengan kehidupan. Besar tanggungjawab sebagai seorang suami yang merupakan ketua keluarga untuk membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai Allah swt.
Jika anda telah bersedia dan niat kerana Allah untuk perkahwinan yang bakal dibina, teruskan. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan anda kelak dan kebahagiaan milik anda.
Penulis : Ima
