Bila bercakap tentang penjagaan muka, mesti semua pernah dengar. Kan? Tapi, percaya tak bila saya cakap tak peduli berapa banyak tips yang kita dengar atau berapa banyak tips yang kita baca, tapi kalau kita tak tahu mengenai asas penjagaan muka yang betul pun tetap tidak menjadi.
Salah satu cara, untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah dengan merujuk topik yang ingin dikongsikan ini “5 Asas Penjagaan Muka Yang Betul”.

Jom baca artikel ni sampai habis untuk ketahui apakah 5 asas tersebut.
5 Asas Penjagaan Muka Yang Betul
Dengan mengetahui dan memahami 5 asas ini, bukan sahaja kita dapat lebih memahami keperluan kulit kita malah dapat menjadi guide agar kita tak ‘main beli’ sahaja mengikut hawa nafsu.
- Pencuci Muka (Cleanser)
Langkah atau asas pertama, penjagaan muka yang betul adalah “pencuci muka”.
Fungsi pencuci muka adalah untuk mencuci segala kekotoran yang ada di wajah anda.
Sebelum membeli pencuci muka, anda juga perlu tahu jenis-jenis kulit anda. Rujuk artikel seterusnya untuk mengetahui jenis kulit anda.
Kenapa kita kena cuci muka menggunakan pencuci muka? Cuci atau bilas pakai air je tak boleh ke?
Sebab, tak semua kekotoran boleh larut dengan air. Ada sesetengah kotoran, contohnya macam lebihan minyak dan sisa makeup tak boleh dibersihkan begitu sahaja dengan air. Sebab itu, kita perlukan pencuci muka untuk membersihkannya.
Yang lebih ironinya adalah, jika kita terlalu atau kerap mencuci kulit muka dengan air ia akan menjadikan kulit menjadi kering.
Pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah akan mencuci semua kekotoran, bakteria, sisa-sisa makeup serta peluh daripada wajah kita dan akan menghalang liang pori daripada tersumbat.
2.Toner
Toner adalah salah satu asas penjagaan kulit wajah. Toner mengandungi bahan aktif untuk menghilangkan kotoran, sisa makeup dan lebihan minyak. Selain itu, fungsi toner juga adalah untuk menambah kelembapan pada kulit supaya kulit tidak kering setelah mencuci muka. Sama seperti pencuci muka, sebelum anda membeli toner pastikan anda tahu jenis kulit anda dan beli toner yang bersesuaian dengan kulit anda.
3.Exfoliator
Exfoliator adalah proses untuk buang sel kulit mati di kulit, tak kisah di wajah, di tangan atau di badan.
Kenapa kena exfoliate?
Kebiasaannya, kulit kita memang boleh singkirkan sel kulit mati dengan sendiri. Cuma, bila kita semakin berusia ni, hormon, asyik terdedah dengan environment luar dan terdedah dengan cahaya matahari, jadi proses untuk kulit kita singkirkan sel kulit mati dengan sendiri jadi slow.
So, kita yang kena bantu “singkirkan” sel-sel kulit mati dengan lemah lembut supaya kulit kita nampak lebih sihat, bermaya, segar dan glow.

Apa beza exfoliator dengan scrub?
Exfoliator adalah proses untuk buang sel kulit mati di kulit. Scrub pulak adalah cara untuk kita buang sel kulit mati tersebut.
Apa yang akan jadi kalau tak singkirkan sel kulit mati?
Kulit akan jadi tidak bermaya, berjerawat, kusam, pores tersumbat dan banyak lagi masalah kulit yang lain.
Exfoliator terbahagi kepada 2 jenis:-
- Physical exfoliate
Kalau exfoliant fizikal ni pula adalah sejenis yang macam scrub tu. Yang kita nampak biji-biji halus. Itu adalah exfoliant fizikal.
- Chemical exfoliat
Exfoliant jenis ni terdiri daripada 2 jenis. Yang pertama, “alpha-hydroxy acid” (AHA) seperti “glycolic acid.” Yang kedua, adalah “beta-hydroxy acid” (BHA) seperti salicylic acid.
4.MOISTURISER (PELEMBAP)
Apa fungsi moisturiser?
Fungsi moisturiser adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, moisturiser juga bagus untuk mengawal minyak berlebihan di wajah.
Pastikan anda beli pelembap wajah yang sesuai dengan kulit anda untuk dapatkan hasil yang memberangsangkan.
5.Sunblock/sunscreen
Fungsi sunscreen?
Sunscreen bertindak sebagai pelindung matahari.
Kenapa kena pakai sunscreen?
- Untuk mengelakkan sunburn
- Mengelakkan kanser kulit
- Mengelakkan kulit nampak tua
Berapa banyak nak kena pakai sunscreen?
Seelok-elok 2 jari, contoh macam gambar dekat bawah ni
Jika pakai terlalu sikit, risau tak dapat maximum protection. Jangan lupa untuk, re-apply sunscreen setiap 3-4 jam.
Sekarang, dah tahu kan asas penjagaan kulit? Moga-moga dapat membantu agar tak beli sembarangan lagi lepas ni. Semoga kita semua dapat kulit yang cantik dan sihat.
Penulis : Fat
