Sebenarnya ramai sahaja golongan perempuan atau gadis-gadis yang mempunyai impian untuk travel secara solo ni. Bila bergerak secara solo ni sebenarnya akan lebih bebas untuk kemana-mana tanpa dengar arahan ataupun kehendak daripada orang lain. Kalau untuk lelaki perkara ini adalah biasa dan tidak terlalu risau tetapi bagi perempuan, siapa yang melakukan travel solo ini mereka adalah orang yang berani untuk menempuh atau menanggung risiko yang bakal menimpa mereka. Kebimbangan utama untuk travel bagi perempuan adalah keselamatan mereka.
Tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka untuk melakukan travel solo. Jadi, benda yang paling penting adalah anda perlu membuat research ke tempat yang anda ingin pergi dan perlu membuat perancangan awal untuk mengelakkan daripada kelam kabut.

- SELIDIK DESTINASI PERCUTIAN
Bila dah ada tempat yang ingin dikunjungi, selidik dahulu latar belakang destinasi tersebut. Setiap kawasan yang dihuni oleh manusia, pasti akan ada adab dan pantang-larang di tempat tersebut. Jikalau kita main langgar, nanti kita yang sengaja cari nahas di tempat orang. Dan kalau ada niat untuk travel ke luar negara, cuba untuk belajar bahasa tempatan, kerana ini mungkin boleh menyenangkan anda untuk berkomunikasi dengan mereka disana.
- PASSPORT
Kalau anda belum ada passport, boleh buat mulai sekarang. Ada 2 cara untuk memohon passport iaitu melalui atas talian atau pergi ke Pejabat Imigresen untuk buat permohonan dan anda boleh dapat passport dalam hari yang sama. Caj terkini passport untuk 5 tahun dari umur 13 – 59 tahun berharga RM200, jemaah haji berharga RM100, untuk warga emas dan kanak-kanak dari umur 60 tahun ke atas & 12 tahun ke bawah berharga RM100 dan percuma untuk orang kurang upaya. Kalau sudah ada passport, sila semak tempoh sah laku passport anda, kebanyakannya sah dari 6 bulan ke atas.
- MEMBUAT TEMPAHAN TIKET KAPAL TERBANG AWAL
Bila dah buat perancangan dan dah selidik setiap destinasi yang ingin dituju, anda digalakkan untuk membuat tempahan tiket dengan awal untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding pada hari berdekatan. Mungkin anda boleh mendapat potongan harga sehingga RM300 ataupun 30% daripada harga yang sebenar pada hari kejadian.
- BAWA BARANGAN KEPERLUAN SAHAJA
Tidak perlu untuk bawa banyak barang. Ini juga boleh menjimatkan anda daripada dikenakan kos terlebih muatan ketika di lapangan kapal terbang. Cukup untuk bawa sedikit barang yang boleh anda bawa kemana-mana sahaja seperti pakaian satu hari boleh digunakan dalam 2 helai untuk pagi dan malam, skin care dan ubat-ubat penting.
- SALINAN DOKUMEN
Salinan dokumen ini perlu dibuat untuk anda dan juga keluarga anda. Dokumen yang asli harus bersama dengan anda, dan yang salinan perlu diberikan kepada ahli keluarga. Ini untuk mereka tahu ke mana anda pergi dan jikalau ada apa-apa yang berlaku ketika anda di sana, mereka tahu apa perlu dibuat dan mereka tahu lokasi anda.
Penulis : Izzah
