Tidak dapat dinafikan kita sebagai manusia ini sangat suka untuk melancong ke destinasi kesukaan kita. Tambahan pula bila zaman semakin maju banyak tempat yang menarik untuk kita kunjungi. Ramai orang akan memilih untuk pergi melancong pada musim cuti umum atau cuti sekolah.
Seperti mana kita tahu bercuti ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita. Banyak perancangan dan persediaan perlu kita lakukan untuk pergi bercuti. Sama ada perancangan sebelum, semasa dan selepas. Hal ini supaya dapat mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini berlaku lagi-lagi buat anda yang suka melancong ke luar negara.
Buat anda yang ingin melancong ke tempat kesukaan anda, ini cara yang perlu anda rancang untuk pergi bercuti bersama keluarga.
Perancangan Sebelum
Langkah 1 : Pilih tempat yang anda ingin pergi.
Nak bercuti ini mesti lah kita dah tahu tempat mana yang kita ingin pergi, betul? Sekarang ini yang perlu anda tahu adalah persekitaran tempat percutian anda. Pilih persekitaran yang macam mana anda inginkan. Persekitaraan yang sibuk? Persekitaran yang nyaman? Persekitaran yang tidak ramai orang? Persekitaran yang dipenuhi dengan flora dan fauna? Kata mudahnya bentuk percutian yang bagaimana mana anda inginkan? Hal ini perlu ditentukan dengan orang yang sertai percutian anda kerana ia mempengaruhi dan akan menjadi satu memori yang menarik jika dirancang dengan teratur.
Perbincangan antara anda dan orang yang sertai percutian anda sangat penting. Perbincangan anda dan mereka perlu diatur dari segi waktu atau masa. Jika percutian anda dalam jangka masa yang pendek, tidak perlu bazirkan masa memilih tempat yang jauh dari penginapan. Bukan itu sahaja, pilihlah waktu bertolak anda pada waktu yang fleksibel kerana anda boleh pergi ke mana-mana sahaja.

Langkah 2 : Tempah kenderaan (jika diperlukan).
Penempahan kenderaan ini bergantung kepada perancangan anda juga. Jika anda mempunyai kenderaan bersesuaian untuk percutian bersama keluarga anda perlu servis kenderaan tersebut terlebih dahulu.
Kepada anda yang tiada kenderaan yang bersesuaian anda boleh muat turun aplikasi yang menyediakan perkhidmatan penyewaan kenderaan sementara. Antara aplikasi yang boleh anda buat sewaan ialah socar, trevo, dan rent a car. Selain itu anda boleh dapatkan di facebook juga dan akan dibawa terus kepada pemilik kenderaan melalui whatsapp.
Bagi anda yang ingin membuat percutian ke luar negara, anda boleh menempah tiket penerbangan secara online sahaja di laman web Skyscanner. Anda juga boleh muat turun sahaja aplikasi Skyscanner untuk mendapatkan tempahan tiket anda dengan mudah. Penempahan tiket perlulah lebih awal supaya harga yang diperoleh berpatutan dengan bajet anda.
Langkah 3 : Tempah penginapan.
Tempat penginapan adalah salah satu perkara yang penting buat anda yang ingin bercuti dalam jangka masa panjang. Perkara yang utama bagi tempat penginapan adalah keselesaan. Untuk pengetahuan anda, ada je tempat penginapan yang selesa seperti rumah yang moden tapi dapat harga yang berpatutan.
Jika percutian anda bersama keluarga atau bilangan orang ramai, anda boleh buat tempahan melalui aplikasi Airbnb, Booking.com, Trivago atau Agoda. Penginapan yang disediakan adalah apartmen dan rumah teres. Jadi sangat selesa buat keluarga yang ramai untuk bercuti.
Buat anda yang bercuti dalam jangka masa pendek, anda boleh menempah hotel atau resort yang berhampiran dengan destinasi yang anda ingin pergi.
Perancangan Semasa
Langkah 4 : Aturcara majlis/ aktiviti percutian.
Pastikan anda sudah siap sedia dengan tentatif atau perancangan aktiviti anda ke tempat percutian. Tidak kira sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek sangat penting untuk anda rancang dan tentukan. Hal ini lagi memudahkan perjalanan harian anda sewaktu percutian.
Perbanyakkan buat research tentang tempat yang anda ingin pergi dan catatkan masa yang anda perlukan semasa anda di suatu tempat.
Langkah 5 : Tempat makan.
Cari tempat makan yang tidak jauh dengan tempat penginapan atau tempat percutian anda. Jika anda tidak merancang untuk makan diluar, anda juga boleh sediakan bahan memasak untuk anda memasak dalam tempoh percutian anda.
Segala perkara perlu mengikut perancangan awal anda dan orang yang sertai percutian anda.
Langkah 6 : First Aid Kit.
Kesihatan adalah sangat penting untuk kita semua. Jadi persediaan awal untuk ubat-ubatan, ubat sapu-sapuan sangat penting untuk kita yang ingin bercuti. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kecederaan ringan. Anda boleh beli First Aid Kit di shopee atau mana-mana farmasi berdekatan bagi memudahkan anda semasa dalam percutian.
Persediaan Selepas.
Langkah 7 : Catatan barang yang dibawa.
Mungkin anda rasa perkara ini tidak begitu penting buat anda tapi sebenarnya ia sangat penting terutama kepada anda yang pergi picnic di taman tema, tepi pantai atau tempat-tempat anda pergi berkelah bersama keluarga. Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan anda tidak meninggalkan barang keperluan atau perkakasan yang bernilai.
Semoga tips ini bermanfaat buat anda sekeluarga untuk bercuti. Apa yang penting adalah rancangkan perjalanan anda bersama keluarga dengan teratur supaya dapat mencipta kenangan yang terindah buat anda.
Penulis : Huda
