Mesti ramai dah simpan niat untuk pergi mendaki ataupun dah ada perancangan menjadi pendaki gunung untuk melihat keindahan alam dan pandangan yang cantik dari puncak gunung. Sebelum anda bergerak untuk mendaki, anda perlulah membuat beberapa persiapan dan mengambil kira beberapa perkara.

1.CUACA

Cuaca sangat penting untuk para pendaki. Ramalan cuaca sangat wajib untuk anda kaji lebih awal supaya pendakian menjadi lancar. Jikalau ada permasalahan daripada cuaca, ia boleh memberi masalah kepada anda ketika mendaki. Kalau hujan, track yang digunakan kemungkinan boleh menjadi curam, licin dan boleh mencederakan anda. Jadi, buatlah sebaik-baik perancangan untuk mendaki. 

2.BARANG PENTING

Bila mendaki anda hanya perlu membawa peralatan penting sahaja, tak perlu membawa barang yang terlalu banyak. Kalau anda membawa banyak barang, ia akan menjadi beban kepada anda untuk sampai ke atas sana.

3.KASUT

Pemilihan kasut sangat penting dan jangan memakai kasut yang tapaknya licin ataupun kasut joging. Tahukah anda? Kasut ini selalu diabaikan oleh pendaki disebabkan mereka anggap kasut hiking terlalu mahal dan tak penting kerana bukan selalu mendaki. Tapi, anda perlu tahu mendaki lebih banyak menggunakan anggota kaki berbanding tangan, jadi sangat penting untuk menggunakan kasut yang khas untuk mendaki.

4.PAKAIAN

Kesalahan yang penting semasa mendaki adalah memakai pakaian biasa. Pakaian biasa belum tentu untuk melindung diri anda daripada keseimbangan diri yang dihadapi semasa mendaki. Kami berikan tips pakaian yang sesuai untuk pemula mendaki:

  • Pakai jaket kalis air dan panas.
  • Pakai stoking kaki bagi mengelakkan melecet pada kaki.
  • Pakai seluar inner untuk kalis air.

5.KETAHUI CARA MENDAKI DENGAN SELAMAT

Untuk anda yang ingin mendaki, jangan sesekali skip tips ini. Anda perlu pelajari lokasi yang anda ingin mendaki dan perlu tahu beberapa hotspot lokasi untuk anda berehat semasa mendaki. Dan anda juga perlu tahu masa yang sesuai dan target masa anda sepanjang mendaki.

6.HORMAT TEMPAT ORANG

Perkara yang paling penting sekali semasa melawat atau kunjungi tempat orang adalah anda perlu hormat dan menjaga adab sepanjang berada di kawasan tersebut.

  • Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Jangan sesekali tinggalkan apa-apa di kawasan gunung kecuali tapak kaki.
  • Jangan sesekali merosakkan alam sekitar seperti pokok, daun, papan arah dan lain-lain.
  • Jangan terlalu bising ataupun mainkan lagu dengan bunyi yang kuat.
  • Jangan sesekali ambil dan membawa pulang ke rumah barang atau benda yang berada di kawasan gunung kecuali mengambil gambar.

7.BERITAHU ORANG TERDEKAT

Sebelum mendaki tolong beritahu kepada ahli keluarga dan kawan-kawan rapat anda supaya mereka tahu anda berada di mana ketika itu. Ini untuk memastikan tentang keselamatan anda dan sekiranya anda gagal dihubungi, mereka tahu dimana keberadaan anda dan peluang tinggi untuk menjumpai anda semula. 

Penulis : Izzah