Tahukah anda, penting untuk memilih warna hijab mengikut warna kulit. Ini kerana, pemilihan warna yang salah boleh membuat wajah nampak kusam, tidak berseri dan juga pucat. 

Jom baca tips di bawah untuk mengetahui pemilihan warna yang tepat mengikut warna kulit. 

  1. KULIT GELAP & HITAM MANIS

Untuk anda yang berkulit gelap, anda disarankan untuk memakai warna-warna yang menaikkan seri wajah. Contoh, seperti warna merah, biru lembut serta warna keemasan. Ini kerana, warna-warna ini bersifat kontra dengan warna kulit. Sekali gus, boleh menaikkan seri wajah dan membuat anda lebih kelihatan cerah. Elakkan warna-warna yang gelap, contoh biru gelap, hitam serta coklat gelap. Ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dan lebih gelap. 

  1. KULIT KUNING LANGSAT

Untuk anda yang berkulit kuning langsat, anda digalakkan memakai warna-warna cerah. Contohnya, seperti biru cair, kuning dan pink. Anda juga sesuai bila memakai warna hitam. Warna-warna ini dapat menaikkan lagi seri wajah dan menambahkan lagi keayuan anda. Antara warna-warna yang anda patut elakkan adalah warna oren atau krim kerana akan menampakkan wajah kelihan pucat.

  1. KULIT SAWO MATANG

Bagi anda yang berkulit sawo matang pula, anda sangat sesuai memakai warna-warna pastel dan warna-warna gelap. Ini kerana akan membuatkan anda nampak ayu dan lebih cerah. Tetapi, awas. Warna-warna yang terlalu cair seperti biru cair adalah warna yang patut anda elakkan. Ini kerana akan menampakkan wajah kelihatan pucat. 

  1. KULIT CERAH

Untuk yang berkulit cerah, anda memang bertuah. Ini kerana kebanyakan warna memang sesuai buat anda. Tak peduli sama ada warna gelap atau warna cerah. Antara warna-warna yang sesuai adalah seperti warna solid. Contoh, warna hitam dan hijau. Tetapi, jangan disangka anda yang berkulit cerah tiada warna yang patut anda elak. Anda patut elakkan daripada memakai warna terlalu lembut kerana akan menampakkan wajah bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan. 

Sekarang dah tahu kan, warna apa yang patut anda pakai? Moga-moga bermanfaat buat semua! 

Penulis : Fat