Sejak akhir-akhir ini, istilah ghosting banyak diguna pakai dalam perhubungan. Ghosting merujuk kepada seseorang yang dahulunya pernah rapat kepada kita kemudian si dia hilang tanpa khabar berita.

Kebiasaannya, si dia langsung tidak dapat dihubungi atau berkemungkinan juga tidak akan langsung merespon apabila di hubungi. Perlakuan ghosting ini boleh dianggap sebagai perlakuan yang menunjukkan kematangan seseorang pada tahap yang rendah. Ia memberi tanda bahawasanya si dia tidak dewasa dalam perhubungan yang dibina.

Perlakukan ghosting ini dilakukan oleh seseorang tanpa alasan yang tepat. Perkongsian artikel ini tentang 7 pendedahan yang kerap dijadikan alasan mengapa seseorang melakukan ghosting dalam perhubungan.


1. Nak tutup terus kisah cerita.
Jalan mudah yang boleh diambil adalah dengan menghilangkan diri tanpa khabar berita untuk menutup terus kisah perkenalan.


2. Malas nak layan drama.
Mungkin sudah terlalu banyak drama seolah-olah bagaikan lakonan di TV, lebih baik untuk mengundurkan diri secara senyap-senyap. Khuatir juga jika memaklumkan untuk berpisah akan lebih banyak lagi drama yang akan timbul.

3. Perbualan semakin hambar.
Apabila sudah tidak merasa keseronokan dalam perhubungan, setiap perbualan sudah jadi tidak menarik dan membosankan.

4. Rasa perhubungan tidak penting.
Seseorang tidak akan meninggalkan pasangannya begitu sahaja sekiranya si dia merasakan perhubungan tersebut sangat penting dan bermakna. Apabila tindakan seseorang itu pergi meninggalkan tanpa khabar berita menunjukkan perhubungan tersebut tidak lagi menjadi  keutamaan dalam hidupnya.

5. Sudah tawar hati.
Tawar hati ini berpunca dari banyak faktor. Antaranya, apabila pasangan kerap bergaduh walaupun sekecil-kecil perkara menyebabkan seseorang mengundurkan diri. Pergaduhan yang kecil menyebabkan seseorang mudah berasa penat untuk meneruskan perhubungan.

6. Sudah tidak nampak masa depan bersama.
Kebiasaannya  berlaku perkara begini apabila pasangan sukar mendapat kata sepakat yang dipersetujui bersama. Oleh itu, ghosting adalah jalan yang sebaiknya untuk tidak perlu meneruskan perjuangan ke arah yang lebih serius.

7. Memang sudah tidak berminat.
Jika memang sudah tidak ada perasaan untuk meneruskan perhubungan, lebih baik untuk tidak teruskan. Hanya membazir masa sahaja kalau diteruskan. Lebih banyak perkara dapat difokuskan lagi nanti.

Walaupun ini 7 alasan yang kerap kali digunakan untuk menutup perbuatan ghosting yang dilakukan, tetapi ia tetaplah sesuatu perkara yang melambangkan ketidakmatangan seseorang dalam perhubungan.

Jika anda tidak dapat meneruskan sesuatu perhubungan, sebaiknya anda memaklumkan secara baik dan berterus terang kepada pasangan tentang perasaan tersebut.

Ayuh, bersama kita membina perhubungan yang matang. All the best ya!

Penulis : Afifah