Jika anda didatangi individu yang mencurigakan dan melakukan cubaan penculikan, apa yang perlu anda lakukan? Pasti ketika itu kita berada dalam keadaan panik dan sukar berfikir tindakan yang tepat. Di sini, admin kongsikan 7 tips ringkas dan praktikal untuk anda amalkan.

  1. Menjerit!

Jika anda cuba diculik oleh seseorang, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menjerit sekuat hati anda. Ingat bahawa ini adalah peluang anda melepaskan diri. Menjeritlah sekuatnya supaya ada yang datang membantu.

  1. Gunakan Bahan Semburan untuk Pertahanan Diri.

Pastikan dalam beg atau poket anda mulai hari ini, sentiasa bekalkan semburan minyak wangi atau air cili (serbuk cili dicampur air) sebagai bekalan. Bahan semburan ini sangat berguna untuk anda sembur tepat ke mata individu berkenaan. Jika terkena dan pedih, itulah masanya anda bertindak melarikan diri. 

  1. Pukul Bahagian ‘Sensitif’ Penculik.

Jika penculik itu lelaki, sasaran tepatnya adalah pada bahagian kemaluannya. Pastikan anda bertindak memukul atau menendang pada sasaran yang tepat. Apabila tepat, anda sudah tidak perlu beradu tenaga untuk melawan lagi. Jika perempuan, pastikan di bahagian mana sekalipun dia memegang anda, gigitlah dengan sekuat hati. Bahagian tubuh wanita lebih lembut dan sensitif, jika digigit dengan kuat sudah pasti tidak tertahan sakitnya. 

  1. Lari Jika Berkesempatan

Cuba lakukan beberapa tips di atas, jika kelihatan membuahkan hasil cepat-cepat bertindak untuk melarikan diri. Jangan tunggu orang datang menyelamatkan anda, tetapi anda sendiri perlu cari peluang untuk melarikan diri ke tempat yang lebih selamat agar tidak menjadi mangsa si penculik ini. 

  1. Tinggalkan Jejak

Jika anda sendirian dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk melawan ketika itu, tinggalkan jejak anda seperti jam tangan, cincin, dompet, serpihan kain dan apa sahaja barang yang mudah ditanggalkan ketika kejadian.

  1. Berpura-pura Memberikan Kerjasama

Ini juga merupakan salah satu teknik ‘reverse psychology’ yang boleh dipraktikkan. Berpura-pura memberikan kerjasama untuk mengikut mereka tetapi bertindak melengahkan masa dan lebih pantas mencapai telefon atau menjerit mendapatkan bantuan jika berpeluang. 

  1. Buang Air Kecil atau Besar Ketika Kejadian

Jika anda mampu untuk ‘membuang’ ketika kejadian atau dalam kenderaan, cubalah. Biarkan bau busuk tersebut menjadi ruang untuk penculik berhenti atau menjauhi anda sekaligus anda berpeluang melarikan diri dan mendapatkan bantuan. 

Pastikan anda membaca 7 tips ringkas ini dan kongsikan bersama orang terdekat anda. Sekurang-kurangnya anda sudah bersedia lebih awal jika terdapat ancaman yang mendatang. Sebahagian daripada tips ini admin dapat daripada salah seorang polis yang berpengalaman. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua. 

Penulis : Sobiroh