Kebiasaannya, ramai yang akan berasa kecewa apabila cintanya ditolak setelah melafazkan hasrat untuk menghalalkan perhubungan dengan individu pilihan hati. Mungkin hanya segelintir sahaja yang cintanya disambut. Namun, ada segelintirnya berhadapan dengan rasa kecewa yang amat sangat.

Kekecewaan demi kekecewaan ini mungkin akan berulang lagi jika anda tidak mengetahui 7 rahsia untuk si dia bersetuju berkahwin dengan anda. 

1. Menunjukkan kesungguhan untuk berkahwin.


Kesungguhan untuk menghalalkan perhubungan bukan hanya sekadar ungkapan di bibir sahaja. Namun, anda perlulah mempunyai matlamat yang jelas dan menunjukkan perancangan yang telah dibuat untuk mengotakan segala impian anda menghalalkan hubungan. 

2. Tidak mendesak dan berikan masa.


Siapa pun sebenarnya tidak suka didesak dan dipaksa untuk bersetuju dengan perkara yang di luar jangkaan. Lagi pula ia melibatkan masa depan dan sangat berkait rapat dengan perkara yang serius. Selepas menyatakan hasrat, berikan si dia masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Pastinya si dia akan lebih bersikap matang dalam membuat keputusan untuk meneruskan hubungan bersama dengan anda.


3. Berjumpa dengan orang tuanya.


Be gentlemen! Beranikan diri untuk berjumpa dengan orang tuanya. Kesungguhan anda mendapatkan orang tuanya membuatkan si dia tertawan dan teruja dengan pendirian anda. Nyatakan hasrat anda secara berterus terang. Sekiranya perlu, nyatakan segala perancangan masa depan anda bersama si dia untuk lebih meyakinkan ibu dan ayahnya.

4. Bijak dalam pengurusan kewangan.


Tiada gunanya jika anda bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan, tetapi persediaan dalam bab kewangan anda gagal laksanakan dengan sebaik mungkin. Perkahwinan bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main. Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang serius. Oleh itu, anda perlu lebih bersedia dalam bab pengurusan kewangan sebelum anda membuat keputusan untuk berumah tangga lagi.


5. Tonjolkan diri anda sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab.


Apabila melibatkan 2 hati ini, perasaan, rasa dan emosi yang ada bukanlah menjadi tanda aras yang utama membuatkan si dia bersetuju untuk menerima diri anda. Tetapi, sisi terbaik yang anda tonjolkan sebagai ketua keluarga, suami dan bakal ayah yang hebat buat keluarga yang bakal dibina nanti yang akan menawan hati si dia memilih anda sebagai pilihannya. Jadilah versi diri anda yang terbaik dan bukannya lakonan semata-mata.

Semoga segala usaha yang anda lakukan untuk menambat hati si dia membuahkan hasil. Jika segala usaha yang dilakukan tidak mendapatkan hasil seperti yang diharapkan, bersangka baiklah. InsyaAllah, pasti akan hadir seorang insan yang lebih menghargai dan nampak segala usaha yang anda lakukan.

All the best!

Penulis : Afifah