Penghargaan kepada pasangan boleh dilakukan setiap hari ya, bukan hanya tunggu saat ulang tahun perkahwinan sahaja !
Pada kebiasaannya, terutamanya para isteri sangat mengharapkan pasangannya mengingati hari-hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran dan perkahwinan. Tetapi apakan daya, kadang-kadang ada sahaja perkara yang tidak dapat dielakkan sewaktu hari tersebut. Jadi apa salahnya kalau hari-hari nak sambut hari istimewa, tidak perlu sebenarnya tunggu tarikh yang spesifik baru nak meraikannya.
Buat suami pula, sekali-sekala dapat hadiah yang istimewa daripada isterinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa dihargai dan rasa istimewanya diri di mata pasangan.

Lakukan 3 perkara ini untuk kejutan istimewa buat pasangan, cuba ya!
1.Masak makanan istimewa.
Jika hari ke hari masing-masing sibuk dengan urusan kerja di pejabat, boleh buat kejutan pada hujung minggu untuk memasak makanan kegemaran pasangan. Kadangkala rindu sangat dengan air tangan pasangan, tetapi atas faktor tidak mahu menyusahkan, mereka hanya membiarkan keinginan itu terpendam.
Andai kata ada dalam kalangan kita yang mungkin hampir setiap hari memasak hidangan untuk keluarga, apa kata buat tempahan makanan di restoran kegemaran pasangan. Itu pun dah cukup istimewa.

2.Tempah bilik tidur di hotel.
Tidak perlu sebenarnya percutian yang mewah. Anda hanya perlu membuat tempahan bilik hotel di kawasan berhampiran perumahan anda, ini juga sudah memadai. Jika ada kelapangan masa, boleh juga buat tempahan bilik hotel di luar negeri.
Percutian hanya berdua dengan pasangan dapat menggamit memori dan memberi ruang kepada pasangan untuk berkongsi cerita atau masalah dari hati ke hati tanpa gangguan anak-anak dan yang penting jauh dari urusan kerja.
Anda boleh cuba dahulu buat tempahan bilik hotel selama 1 malam hanya bersama pasangan!
3.Tukar dekorasi ruangan tempat tidur.
Sekali sekala, buat sentuhan baru dengan menggayakan dekorasi baru di ruangan bilik tidur supaya lebih kelihatan segar dan berbeza dari kebiasaan. Perubahan kedudukan katil dan pemilihan cadar yang baru memberikan nafas yang baru buat pasangan.
Bayangkan selepas bertahun-tahun berumah tangga, pasangan boleh jadi bosan dengan struktur kedudukan perabot yang sama. Perubahan yang dibuat membuatkan pasangan berasa sangat istimewa. Percayalah, kadang perkara yang kecil membuatkan pasangan lebih teruja dan menghargai setiap usaha yang pasangannya lakukan.
Cuba dahulu ya 3 perkara ini. Ingatlah hari-hari pun boleh nak sambut hari istimewa, pasangan lebih semangat untuk hidup bersama dan pastinya akan semakin cinta.
Selamat mencuba ya!
Penulis : Afifah
