Dalam proses nak mendirikan rumah tangga ni pasti ada yang tiba-tiba risau dan bimbang dengan kemampuan diri serta masa depan setelah berkahwin kan? Mungkin juga di saat anda membaca artikel ini, masih wujud rasa was-was dan timbul perasaan masih belum bersedia membina keluarga sendiri. Di sini kami nak kongsikan 8 janji Allah kepada setiap insan yang mendirikan rumah tangga.

1. Allah Mengurniakan Kemampuan dan Rezeki bagi yang Berkahwin
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (PemberianNya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
2. Tergolong dalam 3 Golongan yang Berhak Dibantu oleh Allah.
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
3. Allah Menjanjikan Pasangan yang Baik Sesuai dengan Diri
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
4. Allah Mengurniakan Ketenangan dan Ketenteraman dalam Hidup
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. Diperkenankan Doa apabila Berdoa
“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
7. Dijanjikan Kemudahan Setelah Diuji
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
8. Bantuan Allah Sentiasa Dekat
“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Allah menjanjikan pelbagai kebaikan buat hamba-hambaNya terutamanya yang mendirikan rumahtangga. Jika timbul rasa ragu dan kebuntuan dalam diri, kembalilah melihat surat-surat cinta dari Sang Pencinta agar dapat dijadikan bekalan bermanfaat dalam kehidupan seharian.
Penulis : Sobiroh
