Pesanan Ustaz Don, Buat Mereka Yang Belum Bernikah

Nama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sudah familiar dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Seorang pendakwah bebas yang santai penyampaiannya. Pendekatannya yang ‘sempoi’ dan bersahaja menjadi daya penarik buat pelbagai lapisan masyarakat hari ini. Beliau pernah berkongsi beberapa pesanan buat individu-individu yang berhasrat untuk bernikah tetapi belum bertemu jodohnya. Jom baca perkongsian kali ini sampai habis. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

1. Kreatif dalam Membentuk Diri

“Bagi yang belum berkahwin, kreatiflah dalam membentuk diri. Jika mahu cari yang sempurna seperti diri sendiri, lebih baik berkahwin dengan diri sendiri.” Jadi, belajarlah membentuk diri menjadi individu yang lebih baik dan belajar menerima kekurangan pasangan untuk saling melengkapi. 

2. Allah Berikan Masa Buat yang Belum Bertemu Jodoh

Jika masih belum bertemu jodoh, bukanlah kerana kekurangan fizikal (tak cantik, tak baik atau tak ‘laku’) tetapi hakikatnya Allah ingin berikan masa untuk kita memperbaiki diri menjadi individu yang lebih baik dan lebih bersedia mendirikan rumah tangga. Gunakanlah ruang waktu ini untuk perbaiki kesilapan, mencari ilmu dan berbakti kepada ibu bapa.

3. Jangan Bersedih

Jangan bersedih jika sampai ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh. Allah tidak ciptakan kita sia-sia hanya untuk merasai derita dalam hidup. Dia Maha Adil dan Maha Mendengar segala rintihan doa hamba-hambaNya. Pasti akan tiba masa yang tepat dengan pasangan yang paling tepat untuk anda pada masa akan datang.

4. Nikah Bukan Tujuan Hidup

Bernikah hakikatnya bukanlah tujuan dalam kehidupan, tetapi hanya alat untuk mencapai tujuan hidup. Jika kita masih belum mampu capai ‘alat’ ini, masih ada lagi alat-alat lain yang boleh digunakan untuk mencapai bahagia. Kita sendiri perlu lebih terbuka dan kreatif dalam mencapai tujuan hidup dan mencipta bahagia dalam perjalanan kehidupan ini. 

Semoga pesanan Ustaz Don ini dapat menjadi motivasi dan inspirasi bagi yang masih belum bertemu jodoh. Gunakanlah masa yang masih ada ini untuk menjadi individu yang lebih baik dan berusaha mencari pasangan yang bersesuaian dengan diri kita. Jadi, kami nak cadangkan jika anda masih buntu untuk mencari pasangan, apa kata sesekali tu menjengah ke Portal Cari Jodoh Muslim Malaysia Tilljannah.my. Mana tahu mungkin jodoh anda sedang menanti di sana. 

Penulis : Sobiroh