Wanita zaman sekarang, kalau berkahwin tu memang tak sah kalau tiada bridesmaid.
Biasanya bridesmaid terdiri daripada kawan baik atau kawan rapat pengantin itu sendiri.
Mereka akan mengiringi “pengantin perempuan” itu sendiri. Bagi membantu memudahkan urusan majlis perkahwinan, meramaikan majlis dan untuk mencantikkan gambar apabila sesi fotografi.
Selain wanita, para lelaki pun ada pengiring atau pengapit yang sering disebut sebagai best man. Barisan best man ni masih mengekalkan tujuan yang sama macam bridesmaid.
Biasanya, para bridesmaid dan best man ni akan berpakaian sedondon dan mengikut tema yang diberikan.

Namun, persoalannya sekarang siapakah yang perlu membayar kos baju bridesmaid atau baju best man itu? Adakah pasangan pengantin? Atau perlu dibayar oleh mereka sendiri?
Jom kita leraikan permasalahan ini.
- Jika syaratnya hanya tona warna:-
Jika anda hanya mahukan warna specific untuk bridesmaid anda namun anda tidak kisah mengenai style baju dan design baju bridesmaid anda, selagi ianya bukan custom made maka bridesmaid sendiri yang perlu membayarnya. Ini kerana mereka boleh memilih style dan design mereka sendiri. Mereka juga boleh menggunakannya berulang kali.
- Jika bridesmaid boleh pakai sebarang jenis baju atau pakaian dan tiada warna ditetapkan, maka bridesmaid sendiri yang perlu bayar pakaiannya.
- Jika majlis anda dilakukan secara kecil-kecilan:-
Pasti ada banyak sebab dan alasan mengapa majlis diadakan secara bersederhana atau secara kecil-kecilan. Yang pasti, antara sebab utama adalah untuk menjimatkan kos majlis anda. Jadi, dalam hal ini adalah lebih baik sekiranya bridesmaid sendiri yang membayar kos baju mereka.
- Jika sebelum ini pengantin tersebut pernah menjadi bridesmaid anda:-
Jika sebelum ini pengantin tersebut pernah menjadi bridesmaid anda, maka ikut caranya. Jika sebelum ini ketika pengantin tersebut menjadi bridesmaid dia yang membayar bajunya sendiri, sekarang giliran anda menjadi bridesmaid pengantin anda pula bayar baju anda sendiri.
Moga-moga dengan perkongsian ini anda sudah tidak pening memikirkan siapa yang patut membayar kos kos tambahan seperti kos baju bridesmaid ini.
Penulis : Fatimah
