3 pesanan yang mungkin nampak sedikit daripada kami tetapi sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam melayari bahtera rumah tangga dengan tenang dan bahagia InsyaAllah.
1. Never assume.
Assumption is killing. Pernah dengar ayat ini?
Jangan sesekali membuat andaian dan berprasangka buruk kepada pasangan sekiranya telah berumah tangga nanti. Andaian yang dibuat boleh jadi ianya betul atau mungkin salah. Andaian yang salah membuatkan pasangan rasa tidak dipercayai. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak percaya antara pasangan dan boleh menjejaskan perhubungan dalam jangka masa panjang.
Sekiranya, terdapat sesuatu yang membuatkan anda rasa tidak senang hati, sebaiknya berterus terang dan bertanyalah kepada pasangan untuk kepastian yang lebih lanjut.


2. Jadi sahabat baik buat pasangan.
Hal ini memerlukan kemahiran yang tinggi supaya pasangan lebih memilih kita berbanding kawannya sendiri.
Lumrahnya bagi mereka yang sangat rapat dengan kawan-kawan sebelum berkahwin, mereka agak struggle membiasakan diri untuk tidak keluar lepak bersama selepas berkahwin.
Banyak manfaat jika dapat menjadikan pasangan sahabat baik kita bukan sahaja setakat di dunia malah sahabat akhirat kita. Antara manfaat yang diperoleh ialah :
– lebih mempercayai pasangan
– komunikasi lebih jelas
– menimbulkan rasa cinta yang mendalam antara pasangan
– kurang pergaduhan dan lebih bertoleransi antara satu sama lain
– menambahkan kemesraan antara pasangan.
3. Sentiasa minta tolong pasangan
Pertolongan yang diminta menampakkan diri kita sangat memerlukan pasangan dalam urusan kehidupan. Tetapi bergantung kepada situasi dan keadaan pasangan sewaktu ingin meminta pertolongan. Tidak semua perkara harus diminta tolong dan tidak semua perkara kita harus melakukannya sendiri.
Sekiranya pasangan dalam keletihan mungkin baru balik dari kerja, tawarkan pertolongan daripada kita kepada pasangan sebagai tanda diri kita sentiasa ada disampingnya.
Akhiri setiap pertolongan yang diterima dengan ucapan terima kasih. Lumrahnya manusia rasa ingin dihargai, hanya sekadar ucapan terima kasih dapat membahagiakan pasangan.
All the best!
Praktiskan dahulu 3 tip ini dalam rumah tangga yang dibina dari hari pertama perkahwinan. Semoga perkahwinan yang dibina dipenuhi cahaya kebahagiaan di samping insan tersayang.
Penulis : Afifah
