Apabila bertanya soal jodoh dan kahwin kepada si bujang, pasti pelbagai reaksi yang kita akan terima. Antaranya tersenyum, tersipu malu, jawab tak mahu kahwin, takut nak kahwin, tak sabar nak kahwin tapi belum jumpa jodoh, masih proses taaruf dan mungkin ada yang melenting kerana dah bosan dengan soalan tersebut.
Apa-apapun kami doakan agar segala perancangan kalian dipermudahkan oleh Allah swt.
Kali ini, kami nak kongsikan kepada anda 7 alasan perkahwinan terasa hambar.
Sebaik – baiknya, terlebih dahulu jangan menuding jari kepada orang luar. Tetapi kita dan pasangan yang perlu bermuhasabah punca hubungan menjadi hambar.

1. Niat perkahwinan yang tidak betul.
Niat adalah perkara pertama yang ada sebelum berlakunya sesuatu. Adakah niat berkahwin hanya untuk suka – suka, untuk test market? Adakah sekadar untuk ‘merasa’ kehidupan kahwin tu macam mana? Adakah sebab terpaksa? Adakah sebab nak mengisi kebosanan hidup? Adakah sebab terdesak dengan situasi? Dan mungkin banyak lagi sebab lain.
Betulkan niat berkahwin. Berkahwinlah kerana redha Allah, memenuhi fitrah manusia dan memang berhasrat untuk membina keluarga muslim menuju syurga.
2. Perasaan cinta yang dibuat – buat.
Pernah dengar kahwin paksa? Dipaksa keluarga, tanpa rela. Perkahwinan berlangsung tanpa rasa suka dan cinta. Tanpa rasa ingin memiliki antara satu sama lain.
Apabila duduk serumah, perasaan cinta tiada, kalau ada pun sekadar dibuat – buat, fake kata orang.
Benda fake memang tak baguslah kan.
Mungkin dah cuba untuk menerima, tapi tak boleh.
Jadi, semuanya hambar. ‘Cinta yang tiada jiwa’.
3. Gagal menerima sikap pasangan.
Sebelum berkahwin semuanya nampak indah. Selepas berkahwin, dah duduk serumah baru nampak true colours, sikap sebenar masing – masing yang dah tak boleh nak disorok.
Mungkin sudah cuba menerima sikapnya dan cuba untuk mengubah, tapi gagal kerana pasangan tak mahu bagi kerjasama.
Hubungan mungkin akan terus menjadi hambar.
4.Mengharapkan kesempurnaan dalam hubungan.
Pernah dengar expectation vs reality dunia perkahwinan?
Selepas kahwin, apa yang kita harapkan kita tak dapat, mungkin jiwa kita rasa memberontak dan menyesal.
Jadi, elakkan meletakkan high expectation atau tanggapan tinggi dalam perkahwinan. Takut kecewa nanti.
Manusia ni tak sempurna, terimalah dirinya seadanya.
5. Tak mahu berbincang
Komunikasi sangat penting dalam hubungan. Sekiranya ada perkara yang perlu dibuat keputusan, berbincanglah. Jangan buat keputusan sendiri.
Pasangan akan rasa tak dihargai dan diketepikan. Mereka juga rasa tidak penting dalam hubungan.
Ingat, perkahwinan ni penyatuan dua jiwa, tak sama dengan semasa bujang. Emosi dan pendapat dua pihak amat bermakna.
6. Keluarga masuk campur
Sebuah perkahwinan memang dapat mengeratkan hubungan dua keluarga. Namun, hubungan suami isteri tidak sepatutnya diganggu oleh keluarga masing – masing.
Suami perlu bijak memainkan peranan sebagai pemimpin, isteri perlu faham syurganya di bawah tapak kaki suami.
Elakkan keluarga seperti mak ayah, adik – beradik dan ipar duai masuk campur dalam masalah serta dalam pembuatan keputusan hal – hal keluarga anda.
7. Pasangan mencintai orang lain
Mungkin wujudnya orang ketiga menjadi punca perkahwinan jadi hambar.
Pasangan mencintai anda, tapi dia turut mencintai orang lain.
Isu curang bukanlah isu kecil kerana ia boleh meretakkan rumah tangga.
Tolong berlaku jujur dan setia pada pasangan. Sayangilah rumah tangga yang dibina.
Renung balik, kenapa anda terima dia sebelum ini.
Kesimpulannya, berikan masa dan peluang untuk pasangan mengubah semua ini satu persatu. Jangan biarkan yang hambar terus hambar. Pertahankan perkahwinan, ubah diri dan mohon agar Allah bantu selamatkan hubungan halal ini.
Penulis : Saiful
