Buat yang belum move on
Dia memang kacak, dia memang cantik.
Dia memang bijak dan berkaliber.
Dia memang sudah stabil daripada semua sudut.
Dia ada pegangan agama yang baik.
Dia memang matang dan baik.
Dia memang kaya dan ada harta.
Dia memang pakej yang sempurna.

Tapi, hubungan yang terbina terputus jua. Kerana apa?
Kerana jodoh tidak terbatas sampai itu sahaja.
Jodoh itu rahsia Allah.
Allah nak berikan yang sesuai untuk anda.
Allah nak bagi yang boleh menerima diri anda.
Allah nak bagi yang mampu melengkapkan kekurangan anda.
Allah nak bagi seorang yang mampu memahami anda.
Allah nak bagi seorang yang boleh buat anda jadi tenang dan aman damai.
Allah nak bagi seorang yang mampu bersama anda ketika susah dan senang.
Allah nak bagi seorang yang mampu sabar dengan sikap anda.
Yakinlah dengan ketentuan Allah SWT.
Allah lebih mengenali hambaNya.
Allah lebih mengetahui apa yang anda perlukan.
Jika hubungan yang terjalin sebelum ini sudah terputus, tak perlu untuk bersedih berhari – hari atau berminggu -minggu. Tak perlu untuk rasa kecewa berbulan – bulan atau bertahun – tahun. Tak perlu untuk menutup rapat pintu hati untuk mengenali insan lain yang cuba mengetuknya
kerana fitrah manusia itu memerlukan pasangan.
Belajarlah untuk berlapang dada dan melepaskan kisah duka tersebut. Tiada guna untuk menyiksa diri kerana sudah tertulis dia bukan jodoh anda. Anda berhak untuk bahagia.
Let’s move on!
Penulis : Saiful
