Hati dan jiwa mana yang tidak merasa sunyi apabila melihat pasangan lain asyik dan hangat bercinta. Ditambah lagi apabila melihat kenalan rapat semua telah mendirikan rumah tangga dan telah mempunyai cahaya mata. Tapi disebabkan pengalaman lalu, anda tetap memilih menjadi “single”. It’s okay. Teruskan menjadi single & happy go lucky sehingga anda benar-benar bertemu seseorang seperti di bawah ini:-
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang mampu membuat anda menjadi seorang yang lebih baik. Seseorang yang selalu membantu dan memberikan kata-kata semangat agar anda menjadi lebih baik.

- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak meremehkanmu. Seseorang yang tidak pernah memandang rendah tentang diri anda.
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang berpegang pada janjinya. Seseorang yang sehabis baik mengotakan janjinya dan sehabis baik mencuba untuk tidak mengingkari janjinya pada anda.
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu seseorang yang tidak pernah berhenti berusaha untuk mengambil hati anda dan seseorang yang tidak pernah berhenti berusaha untuk terus memiliki anda. Kerana terkadang melepaskan lebih mudah berbanding mempertahankan. Jadi, tetaplah menjadi bujang sampai anda bertemu si dia yang tidak pernah jemu mempertahankan dan mengambil hati anda.
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu seseorang yang tahu untuk meminta maaf apabila berlaku perselisihan faham. Seseorang yang sanggup untuk menepikan egonya hanya untuk anda.
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak pernah cuba untuk mengubah anda. Seseorang yang menerima diri anda apa adanya.
- Tetaplah menjadi single sehingga anda bertemu seseorang yang dengan bangganya ingin memperkenalkan anda kepada keluarganya.
Selagi anda masih belum bertemu dengan si dia yang mempunyai ciri-ciri seperti ini, tetaplah menjadi single. Lebih baik menjadi single daripada anda tersalah memilih pasangan.
Penulis : Fatimah
